Thanks for the songs…

Be Real! This is life..., Dear Diary, Friendship, Music No Comments »

Alhamdulillah pembedahan berjaya…
Aku tidak kehilangan suara… Pada hari kedua pembedahan, dah mula boleh sebut pelan-pelan… Kini aku dalam mode pemulihan…

Aku dah boleh berjalan jugak!!! yeah…
How do i feel after operation? Syukur pada Ilahi…
Oh, sebelum pembedahan,aku dah rasa spt mati, seperti tamat, seperti noktah dalam hidup…
Rasa seperti keseorangan, takde sapa-sapa dah kat dunia… Rasa seperti, esok takkan ada lagi mentari, takkan ada masa depan yang cerah…
Takut…
Takut takkan boleh membebel lagi… Kamu-kamu takkan pernah mendengar lawak jenaka bodoh aku lagi…
Takut takkan kuat semula, tak mampu menjadi superwoman lagi…
Takut… tak kawen den… hahahha… Yelah, orang-orang yang mengejar aku pun berhenti mengejar, seiringan dengan penyakit aku yang makin tenat… Aku dah tak mampu bangun berjalan, mereka juga tidak mahu berjalan ke arahku lagi…

NEway, ingat lagi kan senior aku yang pandai menyanyi dan memetik gitar? Tetiba dier tegur aku… tanya dah sihat ke… Sihat memang sihat ,tapi masih sakit kat tempat pembedahan… Then, dia bagi aku lagu…
OMG, Dia telah menceriakan hariku!!

Dia dedikasikan lagu kegemaran aku dalam 2 Versi… Satu main siang hari, satu malam hari…. Dia nyanyi penuh emosi… aku tau, dia dedikasi untuk ex-gf dier… And me? Lagu ini sangat menyentak hati aku.. mengingatkan aku pada cinta lama yang dirampas orang… Dulu klo dengar lagu nie, aku sti menyanyi penuh emosi dan kadang-kadang menangis… Masa tue, aku tetap yakin, ex-bf aku sebenarnya masih sayang kat aku seperti mana aku (memang pun)… NEway, life must go on… Saya doakan hidup kamu…

ok dengarkan lagu best ni…
Thanks Am!!

Daylight:

Midnight:

P/s: ujian Allah s.w.t sungguh menduga… Namun aku bersyukur kerana diberikan ujian, kerna bagi aku, ini caranya di mana Allah menunjukkan kasih-Nya padaku & ini caranya supaya aku tidak akan lupa dan alpa pada Penciptaku yang Satu…

Untuk insan-insan yang tak sedar lagi tuh, wake up girl… Jangan asyik menyalahkan orang lain atas segala yang terjadi… Kamu takkan bisa bahagia selagi kamu tidak belajar untuk memaafkan, mengakui kesilapan dan berubah… Kekayaan dunia bukan suatu yang perlu kamu dambakan… Maaf..

Dam Dum Dam…

Be Real! This is life..., Dear Diary 1 Comment »

Aku sudah pulih dari small pox.. Entah kenapa boleh kena pox lak, padahal kecik2 dah kena.. Tapi pox kali nie xbest sungguh sbb kebanyakkan lymph nodes sebelah kiri (belakang telinga, kepala, bawah rahang kiri) semua bengkak… dah macam katak plak.. kekekke..

Masalah timbul untuk mengingatkan aku tentang kebesaran-Nya, supaya aku tidak lupa dan alpa… Ok, ada masa kita naik, ada masa kita jatuh… ada masa kita sihat, ada masa kita sakit… well, this is life… Nikmatilah hidup anda walau apapun keadaannya…

Aku tersenyum… Gembira.. berbunga.. bersyukur…
Mungkin benar aku diberikan kesakitan pada hari ini, itu kehendak-Nya, tapi syukur sebab hidup ini telah dikurniakan terlalu banyak nikmat dan kasih sayang yang tidak terhingga… Alhamdulillah… Sangat bahagia.. =)
Kalau dah tertulis esok aku akan mati, sihat macam mana pun, mati jugaklah kan? Dan aku sakit hari ini, kalau belum masanya, aku pasti akan kembali sihat, tul tak? Itu semua kerja Tuhan, kita sebagai manusia perlu berusaha untuk mencari penawar dan jangan lupa untuk berserah kepadanya… so, buat pe aku nak sedih-sedih sangat, ambil pusing sangat tentang penyakit aku…

Ok, maybe after this, i will sound different, yeah totally different… or maybe i can’t talk anymore… Tapi tu kata doktor, belum tentu lagi… well 50-50, teruk sangat ke?

Well mengingat kembali zaman remaja… Dulu adelah suka dan pandai menyanyi.. Tapi sekarang, suara sudah berubah dan sebenarnya aku dah alami permulaan tumor ni lama dah.. Dulu aku pernah sakit tekak yang sangat lama… Sampai tahap batuk berdarah, then aku tak dapat mengeluarkan sebarang bunyi selama 2-4 bulan… It’s happened couple of time, tapi aku ingat sakit biasa-biasa.. So salah aku gakla kan?

Maybe aku tak boleh menyanyi lagi pasnie, tapi bolehla kan layan member aku menyanyi? kekekke… So aku pun pasang-pasangla video nyanyian memember aku… Band derang yang dah ‘bandage’ etc.. Tetiba stop kat senior sorg nie:

Ok, this is my friend.. (senior)… He has problem with his heart, but yet, dia boleh menyanyi dengan baik.. Nafas panjang tue…sangat best woooooo sore dier… terkedu korang klo dengar dia menyanyi… (cuma jangan dengar dia ketawa.. haru.. =p ) Ntah nape kat UM dlu dia tak masuk pertandingan nyanyi?? kot-kot masuk AF ke…hehe… (untuk wanita-wanita diluar sana, senior aku sorg ni still single & available.. sila2 isi borang.. kekeke.. Boleh Iz?)

Sebuah titik permulaan…

Be Real! This is life..., Dear Diary No Comments »

Hari ni aku bangun awal, sebab rasa sakit dan pedih..
maka aku makan ubat tahan sakit kemudian ambil wudhu’ menanti subuh…

Menangis sepanjang pagi..

Pagi ini aku dapat perkhabaran tak gembira… panik!
cuba call adik, tak dapat… tengok mama, ayah dan fatin, semua tido… Telefon sana sini tak dapat.. Terus air mata jatuh berderai… menangis tak henti-henti… Rasa tak tertolong diri… Aku naik, solat, beberapa kali terhenti sebab menangis… Then, dapat selesaikan solat… Habis baca doa, aku terus baring dan menangis atas sejadah… Ya-Allah dugaan apa lak yang aku dapat kali nie…?? Sebulan aku tahan untuk semua ini?

Lepas lama menangis.. dah.. aku bangun dan turun.. cuba cari ketenangan..aku makan ubat then duduk berfikir… Tiba-tiba aku dapat sms dari Nash, salah seorang kawan yang aku ada sekarang ni.. yang care tentang aku… Sekarang aku dah tak banyak kawan, dan aku sangat menghargai Nash sekarang nie sebab sangat mengambil berat… Juga untuk insan yang menjadi tulang belakang aku sekarang… *terima kasih kamu kamu semua*..

Sms dari Nash buat aku tenang.. Dia cakap dia kat Kuching sekarang, takleh jumpa aku… nanti dia balik KL, dia terus datang rumah tengok aku… terkeut gak.. mana Nash tau aku makin sakit? but at least, masih ada yang sayang…

sekarang sudah kembali tenang dari tangisan…
Aku dah memikirkan sesuatu, aku takkan kalah! Setiap dugaan yang Allah bagi pasti ada hikmahnya… Sedih bukan apa, masa aku untuk kuat begini dah semakin singkat… hari-hari untuk aku berdikari sudah sangat singkat.. Aku tak mampu nak kerja kuat-kuat untuk dapatkan duit beberapa puluh ribu untuk pembiyaan hospital aku… Simpanan memang ada, cukup untuk semua tue, tapi simpanan tue aku simpan untuk masa depan dan anak-anak (kalau kawen lah kan).. Apa lagi yang aku boleh berikan nanti..

Then aku fikirkan apa lagi kerja aku boleh buat untuk duit…. Then terus buka laptop, List outkan apa yang perlu aku buat… aku tak boleh kalah… please.. selagi aku boleh duduk nie, buat something…

Bekerja keras selagi aku gagah…

Sebulan aku kerja keras, pagi petang siang malam, almost holding beberap ribu cash biler dah tolak semua costs belanja sepanjang kerja, those ribuan ringgit hampir-hampir terbang begitu saja.. camne aku tak nangis…Dahla minggu ketiga April, aku dah start dapat rasa simptom-simptom, sangat sakit.. Aku dah mula tunjuk tanda-tanda kurang upaya dan sakit… Pucat, hilang selera makan, lebam2 di seluruh badan… Now, aku dah 3 hari kena small pox lak sebab imuniti aku dah down… Aku xkesah sakit if semua usaha aku berjaya.. berdikari untuk perubatan aku di saat camni tough, tapi aku mesti buat.. Ye,aku memang degil.. Tapi aku positif, aku percaya aku akan kembali sihat kembali… chaiyok!

Ya, semua orang sedia maklum, aku dah tak bekerja di ofis.. Aku ulang-alik hospital.. Dan sekarang, lagilah aku takkan boleh kembali ke ofis, ingat nak cari kerja baru, tapi aku dah mula perlukan rawatan lebih lanjut.. Aku takkan boleh tahan masuk kerja ofis macam orang lain.. Aku dah tak boleh hang out macam dulu.. Aku sekarang cepat penat, jadi aku perlu tido.. Pergantungan aku pada ubat sekarang bertambah.. jadi, macam mana aku nak kerja?

Boring memang boring.. Aku haritu (masa sihat sikit) ajak adik aku jalan kaki ke kompleks idaman, pusing-pusing cari kelas menjahit dan makan secret recipe (teringin sangat masa tue).. Sebab boring bekerja dari rumah & boring duduk rumah, so aku teringin nak belajar something… Tapi, xde plak kelas jahitan kat situ yang buka..semua dah tutup… T_T kecewa… Then aku dapat lak call dari ofis AleezaKasim, so aku pergi la naik lrt, then naik komuter jauh-jauh pergi sana… Ok, at least, something, aku diterima masuk studio.. Satu pagi dengar ceramah pasal keperluan.. semua takde hal pada aku, kecuali bab kening.. kekekeke.. aku taknak buat pepe kat kening ni.. dulu masa buat freelance model pun tak pernah aku usik kening ni.. haih, taktau la kak eliz ok ke tak… Then,patutnya jumaat tu aku start masuk studio.. So dapatla aku extra money… selain kerja yang aku buat sekarang..

You taknak menangis or tanya apa-apa?

Tapi tiba-tiba kesihatan aku makin teruk… aku pegi amek result hospital lagi (entah berapa banyak kali kena buat test), kali nie confirm teruk coz ada 5 orang doktor nak jumpa aku…

Macam-macam ujian fizikal yang diorang cuba, still aku ok, boleh buat.. diorg tanya banyak perkara, still aku ok… Pelik? doktor kata pelik… sebab condition aku sepatutnya aku dah start kurang keupayaan diri.. Then doktor2 bincang.. “family u datang dengan u? sapa-sapa…? u jangan takut apa yang kami nak bitau..” but still aku tenang… senyap dan senyum… Masa tue aku rileks jek sampai doktor tanya lagi,

Doktor a: u nak tanya apa2? menangis ke?”
aku: tak… ntah…
Doktor a: u tau kan condition u?
aku: tau.. tapi.. ntah..saya dah biasa dengan semua ni…
Doktor a: tapi kali nie lain.. bukan cyst, scolio.. or apa-apa seperti pembedahan u sebelum ni..
aku: …..
Doktor a: kejayaan nanti 50-50.. tapi if berjaya pun.. u akan…… bla..bla..bla.. Then if kena buat 2nd operation, maybe you takkan boleh lagi…..

apa yang aku rasa masa tue? dalam hati berbisik banyak kali.. Allah sayangkan aku.. Allah sayangkan aku.. ini dugaan jek.. ujian… takpe-takpe everything will be fine… then aku berjalan keluar, dan nak balik… naik-naik kereta baru la tiba2 aku nangis… tapi kejap jek la.. pastu dah ok.. sibuk ingat kena gi buat penghantaran itu ini… oh, kerja tetap kerja.. amanah… ya amanah…

Bagi aku tempoh kuat until 1 May jek..please..

Esoknya aku kembali workaholic.. terus kerja.. dan kerja… hope semua kerja akan settle by May 1… Seminggu lagi sebelum May 1, aku dah start mula jatuh sakit.. Sekarang aku dah tak keluar rumah.. nak pergi studio pun dah malu… rupa dah tak macam orang… bengkak sana sini… satu badan dah kaler merah…

huh… biler kerja siap,aku ingat this monday nak pergi urgently ke hospital.. dah takleh tahan sakit.. but today, saturday, aku dapat tau kerja aku tak settle lagi… aaaa… aku dah tak kuat… what else cam i do? aku kena kerja.. kena kerja… tapi nanti aku takkan boleh baik camne?
ok, rasa seperti mau puasa harini.. takde selera.. tapi camne nak puasa, kena makan ubat… apa lagi aku boleh buat……

Ya-Allah berikan aku kekuatan…

P/s: seorang demi seorang insan yang aku sayang pergi dari hidup… Di saat ini, baru aku faham apa itu namanya dunia… Kawan biler senang memang ramai, kawan biler susah mmg payah… tapi entahlah, aku langsung tak rasa marah, cuma terkilan… Apa-apapun, aku mintak ampun dan maaf jika ada salah dan silap pada korang semua…

Cleaning up my bookmarks…

Be Real! This is life... 4 Comments »

Hari inep, aku rasa seperti mo delete-delete semua bookmarks lama… Itu pun sebab dah takde keje nak buat sementara menunggu family pergi keje & sekolah serta perasaan malas yang sesangat untuk siapkan keje on9… haih…

So, tetiba aku terstop kat satu bookmark dalam folder ‘Video & Youtube’… Bookmark nie bertajuk: “Bukak Api!!!” [Kak Z, i'm not talking dirty here by writing bukak api key.. Jangan marah nyah.. hehe.. ]

Seperti tajuknya…
sure kamu semua tau kan tentang apa…
Especially Nyah-nyah kat luar sana…

Hey, i’m not stalking those things… Bookmark yang dah dekat 3 tahun inep adalah sebuah cerita berunsur kesedaran… Walaupun filem inep adalah projek underground & tidak mendapat pelepasan, but yet, sedar atau tidak, ia adalah suatu realiti kehidupan dalam masyarakat kita… Ia adalah sebuah filem yang baik.. tidakler hipokrit sangat… Seyes…

Oh, kanak-kanak adalah tidak sesuai untuk menonton filem ini… faham-faham lah kan, bahasa mereka-mereka yang berada di lorong belakang… bahasa-bahasa yang tak baik nie, cepat jek bebudak sekarang belajar… hmm…

Projek ini merupakan sebuah video pendidikan bercorak dokumentasi drama berasaskan pendidikan HIV/AIDS serta isu-isu yang berkaitan khusus untuk Komuniti Mak Nyah, Pekerja Seks Wanita dan Pengguna Dadah.

This video project is an educational documented drama involving educations in HIV/AIDS as well as specific issues for the transsexual community, female sex workers and drug users.

Ni part one jek… klo mo tengok part lain, search sendiri… theee…

Senyum Kosong..

Be Real! This is life..., Love & Relationship, Poetry 1 Comment »

haha.. aku adalah orang yang tidak berseni…
Pelajar jurusan bio-sains…
Dan bekerja sebagai eksekutif pentadbiran & pegawai pelaburan di sebuah syarikat insuran..
Masakan aku boleh menulis?? haha…
Tetapi ada beberapa orang sahabat yang aku kenali, yang suka membaca penulisan sampah aku… Biler ada orang suka, maka aku akan suka untuk menulis… hehe.. Sama seperti memasak, aku sangat suka masak (walaupun masakan aku tak sedap) selagi ada orang yang mau makan…betul tak? hehe…

Jadi puisi kali ini telah aku karang dalam masa 30 saat..
Lepas taip,aku terus submit kat blog Gelanggang puitis…

SENYUM KOSONG…

aku ingin
menarikan pena
memetakan warna dunia
tapi…
tiada cinta
aku jadi pekak
aku jadi bisu
aku jadi tolol

mereka bilang
mencemburui aku
untuk apa?
kerna aku senyum
mengapa?
kerna aku bahagia

tersenyum bagaikan bahagia?
oh tapi ianya kosong
tiada apa-apa
cuba lihat tanganku
apa yang kugenggam?
secebis hati..
merah?
oh tidak
keras?
ya batu
maka hatiku batu
hatiku mati
adakah itu bahagia?

aku masih di sini
tersenyum manis
membuat semua orang bahagia
tapi….
untukku kembalikan hati
tiada ku keberanian

tersepit dalam dimensi yang gelap
bersantai di pusara sunyi
menjadi seorang yang kalah
ya, memang aku kalah
sila tepuk tangan anda
jadi anda gembira?

Istimewa untuk bonbon a.k.a peminat seni
(beripucat telah menulis ini untuk 30 saat.. haha…)

Sugul…

Be Real! This is life..., Dear Diary No Comments »

Saya sugul sejak pagi? oh, tidak…
Hari ini sangat senang…
Bangun subuh, mengejut anak-anak ke skolah (ok,tipu… kejut adik dan ayah jek), mengemas dan melipat kain semalam… Sepatutnya hari inep saya dapat facial treatment percuma tapi kansel atas sebab-sebab tertentu, so, saya pergi ke carrefour membeli barang-barang dapur… Sebab dah takde benda nak masak… juga ke kedai runcit dekat rumah dan ke pasar pagi…

Hati sangat berbunga, dok memikir mau masak apa.. dah lama tak rasa begini.. Terlalu workaholic sehingga saya terlupa yang dulunya saya seorang yang sangat suka memasak walaupun masakan saya sangat tak sedap.. Dewasa ini, selalunya saya pulang kerja malam… dan menjadi orang terakhir pulang dari kerja… maka saya terlepas untuk minum petang dengan kuarga… but this month, yeah! tiap-tiap petang saya akan memasak sumthing kuih ke happe sebagai kudapan sambil minum petang… Minum petang, menunya tukar hari-hari… klo hari ni teh boh, esok teh strawberi, esoknya pula teh sabah, esok lagi green tea dan seterusnya… My dad pun dah tak bising, klo boleh mau begini hari-hari… pulang kerja, penat, ada orang siapkan minuman panas dan makan-makan ringan… saya pun hepi! wiiiii…. (^_^)

Panggilan dari seseorang yang saya hormati di pejabat

Masa nak pegi carrefour, tiba-tiba dapat call… angkat-angkat… ada suara seorang aunty yang sangat lembut… oh, Patma… She’s the aunty from my office…(Aunty yang sama dalam entry “Kesumbangan di Ofis” …) Patma tanya, sukakah saya dengan hadiah dia tempoh hari? ooh.. Mestilah sangat suka… Then Patma tanya saya takmoh ke kembali ke sana.. Doktor Azlan dah takde… Dia sangat rindu dan hari-hari tertanya-tanya apa saya buat… ketika inep, hati saya mo nangis… Saya tau dulu lagi Patma mo retired tapi keseronokan bergaul membuatkan dia gembira untuk terus kerja…

Patma nie tua setahun dari mama saya (54thn pada 2009)… Seminggu sebelum saya pergi, hari-hari dia mintak saya pertimbangkan keputusan saya.. Tak sayangkah saya pada dia? Sayang Patma..sayang semuanya… Paling sedih biler tengah saya buat kerja, dia bitau saya sumting…

Dia kata berpuluh tahun dia kerja di sini, masa muda dia, memang ada melayu yang agak rapat sebab kerja sama-sama tapi lama-lama makin tua, susah nak rapat dan tak ramai yang pedulikan dia… Sapalah nak buat kawan dengan seorang tua sepertinya dia katanya… Tapi sejak saya masuk, keramahan saya menegur dia setiap hari buat dia mau berbual… lama-lama macam-macam cerita yang boleh dikongsi, dari politik, agama, kepercayaan, kemasyarakatan, isu semasa, perubatan, kesihatan dan masalah peribadi dan keluarga… Juga meminta pendapat… Dia dah rasa macam anak dier… Dan bagi dia, sum1 yang kawen dgn saya adalah sangat bertuah (bertuahkah? oh tidak tahu lagi yang itu.. maaf)… Dia kata yang dia sangat suka saya yang sentiasa ceria, ketawa dan tersenyum setiap masa… Universal dan tidak pilih kawan…

Patma oh Patma… Saya sangat suka berkawan dengan orang tua.. Nenek-nenek… And u are special… Peribadi Patma seperti seorang nenek yang baik, buat saya suka untuk melayan keletahnya… Walaupun kadang-kadang ketika saya sangat banyak kerja tapi Patma ada benda nak cerita kat saya (dan cerita itu sangat panjang), tapi saya layankan aja… No hal… lagipun kat ofis tu, Patma seperti diabaikan… Semua orang akui, dia sangat sweet, dan dalam ramai-ramai Indian di ofis, dia akan jadi faveret semua orang… Kelembutan, keprihatinan dan keramahan dia memikat… So no wonder pada umur seperti ini, suami dia sangat sayangkan dia… Mana ada staf berumur lain kat ofis nie yang suaminya telefon pejabat hari-hari tanya pergi keje tadi ok, makan apa, sihat, balik pukul bape, nak dijemput ke happe… Pastu suami selalu beli hadiah, buat suprise, ajak cuti berdua setiap bulan dan sebagainya… No wonder key.. no wonder… Setiap tahun time raya korban, patma akan pujuk suami dia hantar korban ke kawasan miskin… Walaupun kita tau dia tak dapat apa-apa, but thats mean, she concern dan tak mengira bangsa dan agama…itu keistimewaan Patma…

Dan paling touching, pada tahun lalu Indian kat ofis pernah memulaukan Patma & mengumpat Patma sebab baik ngan aku & melayu lain… lebih-lebih lagi dengan aku kot.. sebab Patma telah memberi alasan PC dia rosak dan terus pindah duduk sebelah aku untuk satu jangka masa yang panjang… Dan kami sangat banyak berbual bersama… Masa tue, depan kami ada sekali Patma tanya Indian lain pasal isu semasa, kebetulan ada isu perkauman skit… Then ada sum1 buley kata “Patma.. for sure u will said Malay’s right… U are already become malay what…”… Patma shock giler, than dia cakap : orang takde akal jek yang akan cakap macam tue, dia still proud to be an Indian, berkawan dengan melayu tak salah … dan kalau india betul, dia sebelah india & kalau melayu betul, buat apa dia nak sebelahkan bangsa… untuk kebenaran jangan berat sebelah…

Ok enough.. nanti saya rindu pada ofis… She’s proud of me, but for myself..? I’m not even proud of myself… Really… *sigh*

Manusia menjadi Alpa dan Lupa…

Aku masak dinner dengan gumbiranya tadi… Sambil mendengar berita kat Tv3.. oh hari inep aku lambat skit siapkan dinner (atas sebab-sebab tertentu).. huuu…

Mendengar berita di Gaza, buat hati rasa hilang sesuatu… kehilangan… sugul? aku terus diam… kemudian telah terbaca blog Shaiful Anuwar, dia cakap pasal boikot barangan Israel.. ada yang boleh, ada yang xboleh nak buat sebab keperluan… Untuk menyokong, yup, kita forward emel, kita cuba sedaya upaya untuk boikot 100%, bising sana sini, tulis kat blog sana sini… yup, apa lagi yang mampu kita buat kan…? Hati sudah sakit, sedih, pilu…Mata juga sakit… telinga apa lagi… untuk berusaha, itu jek yamg mampu kita buat sebgai masyarat yang prihatin… kemudian, kita perlulah berserah pada Allah… Memohon bantuan dari Allah… Biler part ini yang buat aku sugul… Manusia sungguh aku inep…

Kamu.. Kamu.. Nak boikot, nak tunjuk perasaan dll mudah, perbuatan begitu mampu untuk dilakukan, tapi… tapi… hmm… berapa ramai yang bangun solat untuk Palestin? (Yang memboikot tu semua kah? ) Oh, saya tak peduli sangat pasal orang lain, tapi saya peduli pasal diri saya inep…

Tiba-tiba hati ini sangat sedih… sedih sangat… aku menjadi orang yang lupa? Ustazah saya penah kata klo kita biasakan mengamalkan sesuatu, jangan berhenti, itu dosa… teruskan… maka di sini saya seorang yang sangat berdosa… Mengapa? sebab hari inep saya gembira (gembirakah saya? )..? sebab hati inep saya bahagia (bahagiakah saya? )..? Dulu… Dulu masa saya berada dalam kesusahan, kesedihan, fitnah dan ujian hidup, saya sabar dan tabah, bangun malam untuk bersolat malam… Paling kurang, sekali seminggu saya akan berjaga malam untuk solat malam, memohon dipermudahkan segala masalah, dikuatkan hati, agar tabah menghadapi segala ujian-Nya, dan mohon agar segala ujian berat pergi dari hidup… memohon bantuan-Nya selepas segala usaha yang saya buat… Kadang-kadang dilakukan sepanjang malam jika hati ini tak tertahan kesedihan dan kegundahan… Dan biler saya ditimpa fitnah yang sangat2 pedih, saya lakukannya hampir setiap malam untuk berbulan-bulan lamanya… Tapi siapa saya hari inep? Seorang yang lupa? Biler kali terakhir saya membuat qiamulail? Oh, saya udah lupa… Ya-Allah… ampunkan lah kami…

Jadi saya sangat sugul di akhir hari inep… Sungguh kecewa dengan diri sendiri.. rasa seperti mau menangis… Ok, dah takde mood…

Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-’Ash radiallahu ‘anhuma, katanya; “Rasulullah sollallahu ‘alaihi wassalam bersabda;

“Hai Abdullah, jangan engkau menjadi seperti si Fulan itu, dulu dia suka sekali bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun bersolat di waktu malam itu..” (Muttafaqun ‘alaih) -dipetik daripada bumiblues: Kelebihan Qiamulail

Photo of da Day…
(Terasa rindu untuk ketawa dan berjenaka setiap hari…)

Photobucket

This is Patma.. Our Patma..

Berdosakah saya? Kalau kita berkawan dengan ex-gf kepada bf kita?

Be Real! This is life..., Dear Diary 4 Comments »

Sabtu..
Well, apa laie aku buat… Kerja beb…Tapi hari ini aku tak payah rushing… ‘Coz Muru datang kerja, so dia jaga line… Tak payah aku sibuk jaga line…

Tapi hampeh!!! Lepas mandi, aku cari pengering rambut… aaaa… mama aku amek bawak pi hotel… hampeh… camne lah kan, rambut aku nanti menggerbang…. nak taknak… aku guna alternatif way, takyah guna hairdrier untuk hold rambut perm aku…

  1. Aku sikat rambut yang basah pelahan-lahan supaya tak merosakkan rambut dan aku bahagi kepada 2 part…
  2. Then aku pakai straight leave-on moisturiser utk bahagian rambut atas aku yang tidak di-perm-kan…
  3. Aku pakai baby oil johnson-johnson kat bahagian rambut yang kerinting… supaya rambut tak kering dan nampak berkilat.
  4. Then aku sikat smula rambut dan letak Lucidol perm wax (loosing stail).. aku suka Lucidol yang nie, supaya rambut aku tak keras dan curl dia jatuh natural..
  5. Then aku pakai hair texturing lotion yang akan membentuk texture rambut perm aku agar ketara nampak kerinting dier, control bentuk dan berkilat… (styling part)… Masa pakai lotion ni, aku ramas-ramas jek rambut… ganyah-ganyah supaya dia xmelekat dan serabai skit… huhu..
  6. Maka seterusnya aku tidak menyandar atau mengikat rambut di dalam kereta, di dalam ofis dan seterusnya sampaila rambut aku kering tul-tul.. dah takde pengering kan.. hehe.

Kerja harini macam biasa.. takde yang menarik.. cuma Muru bising-bising pasal semalam aku tiba-tiba EL (Emergency Leave)… aku cakap aku sakit pala… lagipun memang semalam aku sangat-sangat sakit pala masa bangun pagi sampai ayah aku kata tak payah kerja + lagipun mata bengkak semalam.. Arini aku buat keje laju skit… Calculation hari ni tak rumit… Sambil keje, sambil bincang pasal makan-makan hari selasa… Makan-makan suka-suki untuk raya haji… Pastu Dewi ajak aku pergi Sogo harini… So, memandangkan aku takde buat apa, aku pun setuju, tapi kena tunggu aku balik rumah sat.. aku nak hantar balik 3 box apom kek coklat moist yang abang Tham tinggalkan kat desk aku semalamnya… Sejam sebelum pulang, aku call adik aku, soh dia siap-siap ikut aku ke Sogo, jangan aku balik baru nak siap…

Aku pun bergegas pulang… Parents takde, adik lelaki dan isteri pun takde, so aku amek teksi… Then, sampai rumah… aaaa…aku nak ngamuk betul pompuan sorang nie.. dia dah siap cantik-cantik, tapi pinggan mangkuk kat dapur tak cuci, kain yang dah basuh tak sangkut… So aku pun naik, solat sat, then turun membasuh pinggan sambil membebel… Dewi mesej-mesej, aku soh tunggu sat.. Then ayah balik dengan mama, aku terus naik kereta, minta ayah hantar ke LRT…

Pelik ke kalau anda berkawan dengan ex-gf kepada ex-bf anda?

Naik Lrt, ada orang pakai kasut sebijik ngan adik aku…aku bantai gelak..sebab duduk depan-depan… Dua-dua main sorok kaki…

Then aku sibuk bebalas-balas sms (sejak dari tengahari tadi sebenarnya) dengan ex-gf kepada ex-bf aku, Muyam… Dia nak balik Batu Pahat raya ni, dia ingat aku balik… kebetulan kami sekampung, kat Senggarang… Maybe kalau aku tak kerja pagi tadi, aku dah ajak jumpa sat kot before dia bertolak.. sebab pagi-pagi dia dah tanya aku kat mana dll… Maybe next time kami hang out… Dan sedang merancang untuk pergi bercuti ke Bandung bersama… cadangan jek.. Belum tentu timing free kami akan sama kan…

errrk.. Ramai yang pelik? pelik ke aku baik ngan ex-gf pada ex-bf aku? Dulu masa mamat tu masih lagi bf aku pun aku baik jek ngan Muyam… Memang masa dulu, time aku cakap yang aku nak berkawan dengan dia, ramai kengkawan yang tak setuju… Orang akan cakap, “ko giler?” “bongok sangat ke nak kawan dengan ex-gf bf ko?” “baik tak payah, nanti sakit hati“…

Sebenarnya banyak kebaikannya berkawan dengan ex-gf bf kita… Contohnya, kalau bf kita memang ada hal penting nak kena jumpa ex-gf dia, kita kenal ex-gf dier, so kita faham dan diberitahu dengan jelas.. dan biler orang lain buat cerita mengapi-apikan kami, aku tau cerita tu tak benar… so, takde la ‘rumahtangga’ kami bermasalah.. betul tak? Cuma dolu-dolu kadang-kadang adalah berlaku sedikit selisih faham or bergaduh cakap.. Pernah gakla aku merajuk pasal Muyam tak suka hadiah yang aku belikan untuk dia, sampai takleh tido malam aku masa tue sebab ingat nak carikan hadiah lain… Pastu pernah gak aku suruh bf aku temankan dia, sebab masa tu dia tengah problem, aku ikhlas tak kesah tapi biler diorang terlalu banyak spent masa bersama dan orang lain cerita bukan-bukan tentulah lepastu aku ada sedikit merajuk dengan bf sendiri dan mendiamkan diri untuk beberapa hari… Ia berlaku bukan salah bf aku, dan bukan salah Muyam.. Takde sesapa salah, cuma hati aku yang bermasalah… Cemburu… Aku cuba untuk berasa ikhlas tapi tipulah aku kadang-kadang tak cemburu kan? Kerana sayangKorang pula macam mana? tapi kelakar lah kan… Hei, sedangkan orang kawen yang bermadu pun kadang-kadang ada selisih faham dan cemburu.. ye tak? hehe…

Tapi tu zaman muda, sekarang masing-masing dah matang… Aku rasa banyak benda positif yang berubah pada aku dan Muyam kot… Kematangan membina peribadi right? Walaupun aku dah tak lagi dengan bf aku, dah clash, tapi aku dan Muyam masih boleh berkawan kan? Tak salah… Aku tengok dia pun sekarang dah makin ok dan makin pandai bergaya… Wanita bekerjaya kan? Aku rasa life dia sekarang pun dah lebih hepi dari dulu… Aku dah tak dengar dia sebut kisah pathetic looser or dengar kisah dia kesunyian dan kesedihan… She handle her life pretty well lately… Cuma part lelaki, Allahmualam, taktau la kalau dia masih mencari Mr Perfect macam dulu… Ye ke cik Yam? Jangan memilih sangat, nanti ko end-up tak kawen macam aku nih… Kena amek anak angkat nanti…

Hmmm…Satu perkara yang aku tak faham… Nape ramai kawan-kawan aku yang tak boleh berkawan dengan gf kepada ex dia or ex-gf kepada bf dia… nape? kerana perasaan cemburu?

Cemburu kadang-kadang bagus kerana maksudnya kita sayangkan bf kita, tapi kadang-kadang memusnahkan… Sebab kita hidup bukan nak cari musuh, tapi kalau boleh nak cari ramai kawan… Semua orang ada perasaan negatif, tapi jangan diikutkan hati sangat kan? sebab penyakit hati ini merbahaya… merosakkan hati, membinasakan diri… right?

Kalau lelaki lak… hmm.. menurut pengalaman aku.. kebanyakan lelaki lak, dia tak boleh berkawan dengan ex-gf dia especially yang dah ada bf baru… Diorang susah nak menjadi kawan kepada ex-gf diorang… Contohlah lelaki akan cakap, “kalau awak dah ada bf baru, please jangan bawa jumpa saya.. or jangan serempak dengan saya.. sebab saya tak boleh terima…” Walaupun perpisahan dulu sebenarnya bukan gadis yang putuskan, tapi lelaki yang putuskan, tetapi lelaki masih tak boleh terima untuk melihat orang yang pernah dia sayang denga lelaki lain… kenapa ek? Cerita skit…

Oh, dah panjang sangat… Nantilah aku cerita pasal lelaki yang aku panggil si bangang yang aku, fatin dan Dewi jumpa kat dalam kfc Pertama Complex..

P/S : Segala yang buruk datangnya dari kelemahan dan kejahilan diri aku ini, dan segala yang baik tentunya datang dari yang Esa… Segala yang baik, kita kekalkan, kita amalkan dan segala yang buruk, kita jauhi dan perbaiki….. Pasti hidup kan lebih bahagia… [Aku masih dalam proses memperbaiki kelemahan diri...]

Alhamdulillah, syukur pada Ilahi..

Ini dia lagu itu… [Kesumbangan di ofis]… hehe…

Love & Relationship, Music, Working life 1 Comment »

Well.. seminggu kan aku hilang ke Beijing…
Seronok giler bebeng…
Rasa xmoh balik Mesia…
Tapi hati aku, rindu aku, ada di Mesia…

Selasa, masuk-masuk ofis…
Aku senyum lebar giler..
Dahler aku lambar setengah jam..
Macam ofis ini, aku yang punya… hehe…

Then ada sorang aunty ni yang sangat rapat dengan aku (sebaya mak aku), nama dia Patma… Dia terus datang kat aku… Dia bitau yang seminggu ni dia jaga tempat aku dengan baik.. Guna PC aku.. hari-hari tengok desktop (pics aku masa shooting sebagai gadis bertudung utk Dara.com dulu)… Then dia tertanya-tanya…. Camne keadaan aku?

Dia kata,

You know my dear, everyday i make a joke… I asked them…
Hey, why you all so silent huh? Since our big singer when off for a vacation…? Rabiah, please come here and sing her songs…
I opened her PC for you to sing…

Then i laugh my dear… So how was your trip….?

Haha… Banyak tu lagu yang aku sker melalak kat ofis… Sungguh sumbang…. Tapi mampu buat aku tersenyum manis 24jam kat depan PC sambil membuat kerja… (Tak caya, tanya stalker aku… nape dia suka curi tengok aku buat keje kat depan PC… Tapi dia usha biler gf dia takde la, nak mampus!… Setakat usha saje key… Lepas tu dia akan tinggalkan mesej kata senyuman aku manis hari itu…hehe…)

Lagu Melayu, Indon, Cina, Jepun, Inggeris.. Semua aku layan… Lentok, jiwang, rock, alternatif, slow, sedey, teriak…pun aku layan… Takde pilih-pilih… Asal lagu tu best…

Kali ni aku nak letak sini, lagu yang kerap gak aku nyanyi akhir-akhir ini…
Lagu yang semua orang selalu kutuk, sebab giler ngantuk… Tapi, at least, senikata dia mendalam… Senikata lagu ini takde kena mengena dengan aku sekarang…. Tapi dulu pernah ada… Sebab tu aku suka lagu ini… Tapi takde apa-apa niat atau impian lagi seperti lagu ini… Sungguh! percayalah…

MOHON DENGAN SANGAT

Ya Allah
Aku ini… insan yang kalah
Balutlah hati yang terbelah
Juga terpisah-pisah

Ya Allah
Hanya padamu aku meminta
Dan hanya padamu ku memohon
Mohon dengan sangat

Ya Tuhanku
Apa lagi yang salah dariku
Bersujudku mohon kepadamu
Ampunilah dosaku (ampunilah dosaku)

Ya Tuhanku
Hanya engkau yang dapat mengerti
Kesepian yang mencabik diri
Ku tak tahan lagi (tak tahan lagi)

Ya Allah
Jangan biarkan aku terpisah (terpisah)
Terjerat dalam pusara rindu
Rahasia kasihmu (kasihmu)

Ya Allah
Dia satu antara seribu
Kumohon Jangan pisahkan
Mohon dengan sangat…
Mohon dengan sangat….
Mohon dengan sangat….

….

Selamat Hari Raya Aidilfitri… Maaf Zahir Batin…

Dear Diary, Family Come 1st maa... 5 Comments »

aidilfitri 2008

Tahun ini, saya memilih untuk berbaju kurung… bukan kebaya atau kebarung… dan ungu masih menjadi pilihan selepas majlis kawen adik saya.. hehe..

Tengok gambar jek, semua pasti tau… Tentunya nie pics di pagi raya…
Yup… Pics raya tahun ni… tapi bukan di pagi raya… Ni dah dekat tengah hari dah… Ia di ambil di rumah pakcik saya di Bangi, ketika kami melawat nenek saya; Atok Rahimah @ Sam Fok Lan yang alhamdulillah makin sihat, walaupun masih belum bleh berjalan selepas pembedahan… Saya, Fatin & ayah datang membawa ketupat rendang untuk nenek & makcik bongsu saya yang tinggal berdua je aidilfitri nie, since pakcik saya sekeluarga pulang beraya di rumah mertua di Kota Tinggi…

Saya belum ada mood mau menulis panjang-panjang… hehe… Pepepun kesimpulannya, raya di Kuala Lumpur takdela tak seronok langsung macam orang selalu perkatakan… sebab kami masih lagi beraya bersama sanak saudara… Mungkin benar di KL kami takleh membakar lemang depan rumah (tak penah pun bakar sendiri kat kg dulu…huhu), takleh main meriam buluh, takleh kacau dodol satu kolah (tapi nenek sedara saya kat Cheras masih boleh buat dodol sendiri, kacau dodol 2 hari dlm kuali di dapur jek tau..), tak dapat ikut bara’an, tak dapat singgah di pekan Parit Raja sambil mengepow mama untuk membeli semua makanan kampung kegemaran saya (^_~)… Namun, masih disambut bersama kuarga… menziarahi kubur.. raya disambut sederhana.. tapi tetap gembira…

Kalau orang lain di KL sibuk menyambutnya dengan pergi ke rumah-rumah terbuka rakan-rakan sambil menayang-nayang baju raya baru yang glemer dengan mekap melaram macam nak kawen, ada yang pergi membeli-belah, ada cepat-cepat mau pegi merayap bersama rakan-rakan lepas makan ketupat rendang masakan ibu, ada yang pergi berdating or ke rumah kekasih hati bagi melepaskan rindu sebulan tak jumpa kekasih hati… Saya? saya memilih untuk bersama kuarga saya… menyambutnya bersama kuarga moksu di rumah saya (mak saya dua beradik je), bersama atok Rahimah, kemudian ke kubur arwah atuk di Kajang, dan pergi ke rumah atuk sedara saya (Tok Enal) di Taman Bukit Cheras (satu-satunya adik lelaki arwah nenek saya; ibu ayah)… kemudian menghabiskan masa berbual & berjenaka dengan atuk Enal sekeluarga sampai naik lebam… haha… Oh, lupa nak mention, hari raya pertama adalah hari paling banyak makan… 5 round? ke lebih… well.. Raya kan?

Pepepepun…

Selamat Hari Raya Aidilfitri…
Maaf Zahir Batin…

Hmm… maaf tahun ni saya SANGAT malas menghantar kad raya…
Saya hanya menerima sekeping kad raya (giler tak fames) & menghantar sekeping kad raya juga… Thanks to the sender… the only sender… (^_~)

Biler seorang lelaki berkata, “Aku tak faham perempuan…Memang dalam blood perempuan begitukah??!!”

Be Real! This is life..., Family Come 1st maa..., Friendship, Love & Relationship 1 Comment »

Aku ada seorang teman baik dak Melawati yang sampai la nie masih belajar di Jepun & mungkin dia akan terus menetap di sana… Dia nie jenis direct skit… klo nak kutuk ke happe, direct… tapi dia minat fashion… dia telah menjadikan aku “teman bual isu-isu fashion dan gaya sejak dolu-dolu“… In fashion, yup, kami sependapat… Dia pernah bercita-cita mau jadi designer, then nak suruh aku belajar menjahit dan jadi tukang jahit dia… Minat fashion tapi belajar engineering… haha…

Tapi bab cinta & relationship, kami sangat tak sependapat… dia sker kutuk cara aku, taste aku dan dia kata yang dia tak sker pompuan macam aku yang jenis sker berkorban & hati yang setia… Dia nie, seorang yang sangat banyak cakap, banyak komen, banyak tanya… Aku cuma tinggal tunggu sapa akan jadi awek dia, sebab aku mau berpakat ngan maslinda & awek dia untuk ‘belasah’ dia cukup-cukup… ko in kan mas? haha…

Sehinggalah Semalam
Semalam ada chat ngan dia jap… dia tanya pasal raya…
Then tetiba masuk topik lain…ada satu part yang menarik minat aku untuk share kat sini… Jejaka yang sangat sker komen-ngomen ni telah mengeluarkan rasa tak pueh hati pada perangai perempuan…. Dia kata, dia sangat tak sker perempuan yang bersifat lemah, cepat kesian, sker berkorban…. tak faham ek? pengorbanan wanita bukan pengorbanan yang sia-sia, tak semuanya sia-sia… tapi kami dapat kepuasan diri dan rasa bahagia… bahagia, ada tau?

pirate_rf: hmmm
pirate_rf: x ngantuk?
pirate_rf: esok wat karamel lagi
uglyphanthera: aah esok buat karamel banyak2
uglyphanthera: adik aku ari-ari makan pun xpe
uglyphanthera: dia sgt sker
pirate_rf: hmm…
uglyphanthera: ahad mau buat cookies
pirate_rf: aku x phm org pompuan…
uglyphanthera: nape tak faham?
uglyphanthera: adik lelaki aku sker makan,
uglyphanthera: aku masak la
pirate_rf: mmg dlm blood korg kot suka berkorban utk org lain??
pirate_rf: aa tu aku tau…
pirate_rf: hehe xper la..abaikan la
pirate_rf: abis tu ni x tido lagi..xper ke esok?

aku xpueh hati.. so….

uglyphanthera: kalau ko… ko ada awek.. or ada bini ke..
uglyphanthera: ko tringin sangat nak makan itu,
uglyphanthera: makan ini…
uglyphanthera: dia xpandai masak
uglyphanthera: tapi dia cuba utk mencari resepinya
uglyphanthera: dan kedian dia masak
uglyphanthera: suker? atau tidak?
pirate_rf: haha..ko rasa?
uglyphanthera: (^_^) mestilah suka kan…
pirate_rf: aa
uglyphanthera: itu namanya complete each other..
uglyphanthera: pompuan ni.. ntah la… memang kami begini..
uglyphanthera: ntah la…
uglyphanthera: aku nih.. kadang2 malas juga.. tu tak tipu..
uglyphanthera: kadang2 rajin..
uglyphanthera: tp klo ada mangkin, aku sgt rajin,
uglyphanthera: w’pun aku sebenarnya xpandai…
uglyphanthera: dlu aku tau masak pelbagai jenis biskut, kek dll.. sbb cik abg aku sgt sker makan yg begitu… w’pun susah,aku cuba.. kalau dia suka, aku sangat gembira…
pirate_rf: hmm
uglyphanthera: jadi aku belajar buat smua tu
pirate_rf: hmm bagus aa
uglyphanthera: contoh lain… hmmm… aku sll pegi keje, sarapan beli makanan bungkus… Pastu share ngan kawan-kawan…
uglyphanthera: aku ada kwn2 rapat yg aku sayang keje sama tempat… tapi biler diorg selalu ckp teringin nak makan itu ini… pastu tetiba cakap, “kalau makan makanan yang dibuat sendiri, dan bukan beli.. rasanya lebih sedap dan seronok..
uglyphanthera: aku bangun pagi2 masak-masak
uglyphanthera: buat roti french toast la, nasi goreng la
uglyphanthera: mcm2 breakfast
uglyphanthera: bungkus bawa ke ofis
uglyphanthera: w’pun aku tau aku masak xsedap
uglyphanthera: asal ada org makan
uglyphanthera: aku sangat2 hepi…
uglyphanthera: so… itu bukannya bermaksud… kami mau berkorban..
pirate_rf: hmm..k
uglyphanthera: or dlm blood kami suka berkorban
uglyphanthera: (^_^) kami dapat kepuasan diri… kami bahagia…
uglyphanthera: nanti kamu itu ada gf.. dan dia akan cuba buat suprise pada kamu…
uglyphanthera: wpun kadang2 xjadi,
uglyphanthera: tp tolong appreciate it.. coz, she will try to improve herself..
uglyphanthera: seyes.. dia sayangkan kamu…
pirate_rf: hmm ye aku setuju kata ko tuh

Topik 2…
I do everything for my adik-adik & family… & my beloved frens…
Apa kata Encik Lanun…

uglyphanthera: tapi..tapi
uglyphanthera: aku sker kemas
uglyphanthera: bilik or rumah org… lebih dari utk diri sendiri
uglyphanthera: hahahah
uglyphanthera: camne la kan
uglyphanthera: sure aku kemaskan gak nnt bilik dier
pirate_rf: hmm
pirate_rf: bukan aku x suka
pirate_rf: tapi kekadang…..mmg aku x suka org gitu
pirate_rf: xtau ngapa
pirate_rf: ahhaha
pirate_rf: jgn amik hati aa
pirate_rf: k la..gi la tido
pirate_rf: sweetdreams
uglyphanthera: xsker org gitu?
uglyphanthera: spt aku?
uglyphanthera: hahaha
pirate_rf: hmm…perbuatan begitu
pirate_rf: pada aku..sgt2 spoil the children
pirate_rf: well maybe cara kita dibesarkan berbeza
pirate_rf: so opinion kita lain

Ok, thanks to all my dear fren yang selalu mengingatkan aku, menasihatkan aku, menegur aku… kerana itu tandanya kamu semua sayangkan aku… Tiada sapa-sapa pun yang sempurna di dunia ini kan… Terima kasih teman-teman… Namun, setiap orang ada cara, pendapat, personaliti dan perilaku yang berbeza… aku tak lari dari memiliki perbezaan yang sedemikian… aku ada impian aku, angan-angan aku sendiri… namun sila tegur jika salah.. Pepepun, satu hari nanti aku tetap akan berkorban apa saja untuk kebahagian suami aku, anak-anak aku, mertua aku dan family aku… itu aku… aku seadanya… tapi thanks kawan-kawan, mengingatkan aku untuk mengawal tabiat buruk… ok, aku berkorban berpada2 bole? (^_^) saya sayang kamu semua…

P/s : Saya ini manusia biasa juga.. tidak lari dari mempunyai angan-angan… Selalu berangan memiliki rumah sendiri, anak-anak… then, pagi-pagi masak sarapan untuk anak-anak ke sekolah, untuk suami ke tempat kerja… menyambut kepulangan anak-anak dan suami dengan peluk cium… oh, kan seronok biler mereka memandang kita dengan penuh senyuman kasih sayang… ok, i’m really2 wanna that kind of kiss and hug… looking forward.. sungguh! T_T

Theme & Icons by N.Design Studio.
Entries RSS Comments RSS Log in