Selamat pengantin baru Dr FaizSempoi dan Farah…

Friendship, Gathering No Comments »
Girls only!!

Girls!

Seperti semua tau..
Selepas pulang dari “Menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia”, petang tue, aku & kengkawan pergi ke kenduri kawen sahabat baik aku, Sempoi & isterinyayang merupakan rakan seperjuangan aku masa pra-hayat dulu; Farhana @ Farah…

Berpakaian Seperti Ratu Jamu

Untuk kenduri kali ini, aku tak sempat nak fikir nak pakai apa, since Eben tiba-tiba datang menjemput aku kat rumah tanpa warning; dan ketika itu aku tengah seronok tido… T_T
Maka aku hanya sempat mencapai, kain batik tradisi dari Bali yang dijahit sulam moden beserta kebaya tradisi kaler kuning dari Bali juga…( Eben kata macam ratu jamu jek)…. oh, PLUS… aku memakai spek mata hari ini, kerana aku mamai laie untuk memakai kanta sentuh… huh… sungguh tidak menawan di hari paling bermakna sahabat baikku ini… T___T

Jalan sangat jem… well.. hari mengundilah katakan…
Cuaca juga sangat panas..
So, malas mau story panjang-panjang…
hmm… let those pics tell d story-mory…

Ketibaan... Wajib kiss-kiss dulu biler bertemu... ^_^

Ketibaan.. Wajib kiss-kiss biler baru berjumpa... (^_^)

Pelancong asing dari Arizona cuba untuk merenjis.. ahaks!

Pelawat dari Arizona cuba untuk merenjis... ahaks!

Kami memang sker berlakon! (aku cuma untuk berlakon sebagai pengapit)...hehe...

Kami sker berlakon!! (Aku berlakon sebagai pengapit olok-olok..)

Nad,wanie & aku bersama pasangan pengantin....

Nad, Wanie & aku bersama pasangan pengantin...

Kami-kami... Seratasian...

Kami warga seratasian....

Kami lagi...

kami lagi....

Para gades...

Para Gades....

....

Bergambar dengan pengantin.... (orang lain sibuk makan kek)

Zoom bersama pasangan pengantin...

Zoom skit... hehe...

Ngeeeee.....

Nak gak posing ngan kek.....

Tak sabar nak korek kepingan coklat!!! (^_^)

Tak sabar nak korek kepingan coklat dari kek nie...

Ketawa besar nampak....

ketawa besar bersama pengantin perempuan...

*** Foto tidak berapa jelas.. since di drag dari fotopages oleh Rosli Ali…

Menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia…

Dear Diary 2 Comments »

Pagi nie buat pertama kali aku pegi ngundi…
Aku kini sudah 19 tahun.. maka perlu ngundi…
ok tipu jek.. dah 24 tahun.. =p
Sangat malas…
Mama ayah kejut aku pagi-pagi soh mandi-manda….
membuatkan aku terasa seperti….. harini Hari Raya…
Hari raya???? nape rasa seperti Hari Raya?
Maybe sebab aku tido dlm rasa embun yg sejuk & dingin… sedapnyer tido…
bestnya tarik-tarik cimut… tapi tiba-tiba kena kejut bangun pagi lak…
klo hari cuti, takyah bangun, cuma Hari Raya jek kena gak bangun time pagi-pagi yang sejuk.. maka aku rasa.. confirm macam Hari Raya…
Raya kah?

Saluran tu apa? Paip? Longkang?

aku pun mandi… solat… then sarung tshirt & jeans…
kedian amek spek mata.. siap!
tunggu mama ayah…
pastu pi sama-sama…
kami mengundi di Sekolah Lee Rubber…
maka.. biasala.. surounding almost ramai la cina….
well… aku xpernah ngundi, maka dok ikut bontot mak ayah…
pastu ayah aku kata, kena gi amek saluran…
saluran? apa tu? paip?
batang paip? alau longkang?
eh, longkang tu saliran kan… so confirm bukan longkang…
pastu ayah aku amek i/c aku… bagi kat aso tu…
pastu dia bagi aku no ngundi aku & saluran aku…
ayah & mama saluran 9, aku saluran 12.. eh ke 11..
ah,sama jek.. dah lupa.. pagi tadi jek…

Hanya perlu 5 minit sahaja…

pastu masuk Sek Lee Rubber… kami berpecah…
aku kena ngundi kat tingkat atas sebelah kanan…
tengok jam, kul 9.05 pagi…
depan aku ada 5 org…
pastu turn aku ngundi…
diri depan pegawai tu, dia baca nama aku kuat-kuat.. (macam nak bagi satu dunia dengar)..
then, dia pulangkan I/C then, orang sebelah bagi aku kertas undi…
gi tempat ngundi, aku amek pensel buruk kat situ…
(serius,buruk giler pensel dia.. dahla tak asah guna sharpener, asah pakai pisau… klo patah masa aku tulis? camne????? sampai terconteng kertas undi aku camne??????!!! leh kira undi rosak nanti kan?!!!!)
abaikan soklan yang tiba-tiba terlintas di mindaku itu…
abaikan… soklan bodoh…
aku pun pakngah… eh pangkah, pangkah satu jek ok… then aku blah…
tu jek ke? tu jek ke? tu jek ke?????
jam di tangan… hmm… 9.10 pagi…
5minit!!!! 5minit!!! macam buat megi jek…

Disangkakan seorang budak cina?? cina totok ke??

so aku turun… usha-usha… mama ayah takde..
aku diri jek situ… menguis-nguis tanah dengan selipar buruk aku…
tak turun gak.. lengguh seh…
so aku duduk kat bangku kat situ…
pastu angkat kaki kanan letak atas peha kiri (mak aku tak nampak takpe)…
pejam mata & fikir planning petang nih…

~~~~~~~~~~~hhhmmmmmmmmm~~~~~~~~~~~~~~~

tiba-tiba aku dengar bunyi suara sorg makcik soksek soksek…
aku buka mata.. tengok…
ada sorg makcik ni sedang tunjuk kat mak dia yang dah tua arah bangku yg jauh skit dari kami…
otomatik aku lompat… lompat bangun dari bangku tu…
aku tak cakap pepe… xsenyum pepe.. muka blur sebab maimai…
aksi aku telah memeranjatkan makcik tue…
yang tiba-tiba melatah, "eh, dah bangun lak budak cina nie!!!!"
bunyi jerit macam marah, tapi dia tak marah tue…
cuma dia terkejut kot.. terkejut beruk…
sebab tadi nampak aku tido,tiba-tiba aku meloncat…
makcik tadi terus ngomel-ngomel sumting sambil tengok muka aku yg blur…
dan nenek tua yg merupakan ibu kepada makcik tadi pun duduk situ…
aku garu-garu pala.. sebab nape makcik tu kata "budak cina"…
sebab aku xbuka mulut kot.. . ye ke??
xde sebut cam "silalah duduk sini makcik.."
sebab org melayu biasa nyer akan dengan sopan-santun mengajak orang tua duduk…
tapi aku memberi dia duduk tanpa kata pepe.. macam orang bisu.. siap buat aksi…
maimai ah.. maimai ah… maimai ah… mau balik tido.. T_T
aku melayu ah… melayu ah…
melayu ah makcik… oh ok,ada mix cina…
tapi dah xtau cakap cina, jadi aku melayu…
aku bukan cina totok yang xfaham apa makcik cakap tadi tuh.. & tidak bisu…
maaf kerana melompat gaya superman bangun tido tadi untuk memberi bangku…
itu tindakan auto… automatik… sowey makcik…

Mama ayah telah dikategorikan sebagai ‘Warga Emas’…

well, ayah & mama aku turun.. then aku tanya nape lama…
mama ayah kata, diorang dapat saluran utk golongan warga emas..
so sangat lama nak tunggu giliran…
mama ayah dapat saluran warga emas??? hikhikhik…
apa daa diorang salah groupingkan…
mama ayah masih bekerja, belum pencen seh…

kami pun pulang…
dan semua orang bersiap untuk bertolak ke Kuala Terengganu…
kecuali aku & adikku boboy (sabau nama glamernya)…
aku pass beg baju aku untuk diangkut juga…
aku tak ikut.. kerana aku nak pergi kenduri sempoi & farah petang nanti kat USJ 2..
maka aku pun sambung tido kat sofa…
ta-ta…
ZZZzzzzZzzzzzzzzzzZzzz…


Theme & Icons by N.Design Studio.
Entries RSS Comments RSS Log in