Menonton “Ayat-Ayat Cinta”..
Hasilnya…
semua pasti tahu…
tersentuh dan menangis…
Ya-Allah, ujian apa yang kamu berikan pada wanita-wanita tersebut…?
Penyampaian cerita membuatkan aku berfikir…
bageimana keadaannya suatu hari nanti… bila aku bergelar isteri???
kuatkah aku untuk menhadapinya???
dapatkah aku menjadi seorang isteri yang solehah???
sayangkah suamiku seperti mana aku menyayangi dirinya nanti???
hmm… ok titik… soal kawen lain-lain tahun kita citer..
nanti kan jadi sebak lak…
sebab aku ini seorang yang berat jodoh…
Ya.. Berat jodoh… itu yang aku sorokkan selama ini…

Selepas menonton ayat-ayat cinta…
Aku usha hp aku… Eh, ada 2 sms masuk…
Dari nombor yang tak aku kenali…
hmm… sapakah gerangannya itu?

Sms pertama bertanyakan samada aku ni linda ke tak…
Dan sms kedua, ada sedikit memeranjatkan…
Bunyinya begini :

“juz 4 ur info, dun disturb & contact M*** bin MS k. he’s mine..”

Maka, ia membuatkan aku mengukir senyuman manis dan mengucapkan syukur…
ikhlas… ini yang aku nantikan selama ini…
ringan beban di dada…
hilang rasa sedih di hati…

Maka aku membalas begini :

Assalamualaikum… maaf saya baru baca sms.. oh maaf, bagusla macam tu. Gembira saya mendengarnya. Akhirnya ustaz bertemu teman hidup. ^_^ ohya, pepepun jemput datang ke kenduri adik saya 13julai nanti,both of u. Wassalam. Jazakallah.

Maka aku membuat andaian bahwa ustaz telah dapat membuka hatinya untuk insan lain selepas aku menolak hajatnya untuk menghantar rombongan merisik tempoh hari, Entah kali ni kali ke berapa aku dah tolak hajatnya… Dia terus off hp & taknak jawab panggilan aku sejak tu… Aku kira dia sangat marah & ini membuatkan aku rasa serba salah sebelum ini… tapi kali ini, sms daripada hamba Allah ni melegakan aku… Alhamdulillah…. kita tidak bermusuhkan wahai sahabatku?

Kebetulan lak pagi tadi aku bermimpi yang pelik….

aku bermimpi terserempak dengan ustaz, dan bertanya, adakah dia masih menunggu aku? kiranya benar, mungkin dia memang untukku… Tapi jawapan sebaliknya… dia tidak lagi menunggu aku setelah menanti aku utk 4-5thn ini… dan kini telah bertemu insan baru…

Aku bangun tido.. tergamam seketika…. Nape aku mimpikan ustaz????
Mungkin aku terbawa-bawa rasa takut takkan kawen memandangkan aku sekarang dah takde sapa-sapa & takde sapa pun yang meminati aku skrg ni…
baru tau rasa sadis takde bf & takde yang meminati…

Ishk…. Nape aku fikir pasal ustaz lak? bukan ke aku tolak dia bulat-bulat selama nie…??? come on linda.. come on… Takkan desperate kot? no..no… no way… U can’t be that desperate… NEway, u r still young… Jodoh pasti tiba…Insya-Allah..

Berbalik kepada kisah sms tadi…
Aku ingatkan minah tu tunang dier ke or isteri dia ke…
Manalah tau, bila aku tolak, dia terima pilihan kuarga….
Bagusla kalau begitu… Ada gak orang yang akan menjaga dia…

Tapi tiba-tiba minah tu sms lagi, kali ini ia menyentak jantungku :

”Awak mengadu kat M ek? now dia kata dia dah benci pada saya. nevermind, mybe dia suka gurl sopan2 macam awak tu kot. k smoga berbahagia.”

HUHHHHhhhhhh???????????
apa perlu aku kata…????
pelik.. janggal..keliru…. Ya-Allah ujian apakah yang kau berikan padaku ini…
Buat apa aku nak mengadu? dia baru jek kata jangan kacau ustaz dia… maka aku cuma ucap tahniah… itu saja… apa perlu aku ngadu??

kepada gadis itu…

Ini yang dapat saya katakan :

Saya mengadu pada ustaz? sungguh tak pernah… sejurus lepas sy membaca sms awak, sy terus balas sms awak. maaf… ikhlas saya rasa sangat gembira mendengar bahwa ustaz telah mendapat teman hidup iaitu awak. Kami hanya teman sekampus. Kami hanya kenal dari jauh… Kami tak pernah rapat, tak pernah bercinta, tak pernah keluar bersama, berbual panjang jauh sekali. Sampai hari ni, saya masih tidak berapa kenal ustaz, mengenalinya hanya melalui lembaran-lembaran surat yang dia utuskan untuk saya… sy rasa kamu lebih tau perwatakan ustaz macam mana. Dia seorang yang sangat ‘menjaga’… sy sekadar menghormati dia sbgi sahabat saya… org baik spt ustaz M, bukan utk insan spt saya…maaf…

Tadi lepas dapat sms last minah tue…
Aku masuk ke bilik adik…
tengok adik dah tido…
Berdiri aku di depan cermin… Menatap wajahku dalam-dalam…
Timbul rasa sedih & pilu…. Banyaknya kelemahan diri aku…
Tiba-tiba radio mendendangkan lagu “SEMPURNA“…
aku cuba menyanyi mengikut rentak…
Tapi…..
Tapi…..
Tiba-tiba mata aku berkaca… sebak..sebak…
air mata bercucuran…
kamu tahu? aku tidak pernah sempurna..
tidak akan sempurna…
tiada apapun di dunia ini yang sempurna…….
Mengapa perlu ada yang cemburu pada insan yang tak punya apa-apa ini?
Aku tak minta lebih…
Hanya berdoa agar Allah menemukan aku jodoh…
jodoh yang sesuai dan sepadan denganku…
Teman seumur hidupku…. Syurgaku…
Maaf.. Aku bukan menolak tuah…
Tapi ustaz terlalu baik untuk wanita hina seperti aku…

Ok, bulan depan adik aku kawen…
Aku? sungguh aku tak pasti samada aku ini akan berkahwin atau tidak….
Sungguh…. namun ku bahagia…
noktah….

Photo of da Day…
(Terasa Seperti mau menangis… Aku tidak pernah layak untuk ini…)Photobucket

Ini antara hadiah pemberian ustaz M yang masih aku simpan… Sangat suka ini… Khat yang sangat cantik ini dihasilkan sendiri oleh ustaz M… (Ok, my name on it).. bley baca itu jawi? hehe..
Photobucket

"NUR KaSIH (in jawi)... Penyejuk Di Mata, Penawar Di Hati.."

Seriously aku tidak layak untuk ini… sungguh! (Menatap khat nie dulu boley buat aku menangis… Kenapa si dia yang sungguh baik itu jatuh hati pada gades seperti aku…. Sapalah diri ini… Tidak layak..)