Biler seorang lelaki berkata, “Aku tak faham perempuan…Memang dalam blood perempuan begitukah??!!”

Be Real! This is life..., Family Come 1st maa..., Friendship, Love & Relationship 1 Comment »

Aku ada seorang teman baik dak Melawati yang sampai la nie masih belajar di Jepun & mungkin dia akan terus menetap di sana… Dia nie jenis direct skit… klo nak kutuk ke happe, direct… tapi dia minat fashion… dia telah menjadikan aku “teman bual isu-isu fashion dan gaya sejak dolu-dolu“… In fashion, yup, kami sependapat… Dia pernah bercita-cita mau jadi designer, then nak suruh aku belajar menjahit dan jadi tukang jahit dia… Minat fashion tapi belajar engineering… haha…

Tapi bab cinta & relationship, kami sangat tak sependapat… dia sker kutuk cara aku, taste aku dan dia kata yang dia tak sker pompuan macam aku yang jenis sker berkorban & hati yang setia… Dia nie, seorang yang sangat banyak cakap, banyak komen, banyak tanya… Aku cuma tinggal tunggu sapa akan jadi awek dia, sebab aku mau berpakat ngan maslinda & awek dia untuk ‘belasah’ dia cukup-cukup… ko in kan mas? haha…

Sehinggalah Semalam
Semalam ada chat ngan dia jap… dia tanya pasal raya…
Then tetiba masuk topik lain…ada satu part yang menarik minat aku untuk share kat sini… Jejaka yang sangat sker komen-ngomen ni telah mengeluarkan rasa tak pueh hati pada perangai perempuan…. Dia kata, dia sangat tak sker perempuan yang bersifat lemah, cepat kesian, sker berkorban…. tak faham ek? pengorbanan wanita bukan pengorbanan yang sia-sia, tak semuanya sia-sia… tapi kami dapat kepuasan diri dan rasa bahagia… bahagia, ada tau?

pirate_rf: hmmm
pirate_rf: x ngantuk?
pirate_rf: esok wat karamel lagi
uglyphanthera: aah esok buat karamel banyak2
uglyphanthera: adik aku ari-ari makan pun xpe
uglyphanthera: dia sgt sker
pirate_rf: hmm…
uglyphanthera: ahad mau buat cookies
pirate_rf: aku x phm org pompuan…
uglyphanthera: nape tak faham?
uglyphanthera: adik lelaki aku sker makan,
uglyphanthera: aku masak la
pirate_rf: mmg dlm blood korg kot suka berkorban utk org lain??
pirate_rf: aa tu aku tau…
pirate_rf: hehe xper la..abaikan la
pirate_rf: abis tu ni x tido lagi..xper ke esok?

aku xpueh hati.. so….

uglyphanthera: kalau ko… ko ada awek.. or ada bini ke..
uglyphanthera: ko tringin sangat nak makan itu,
uglyphanthera: makan ini…
uglyphanthera: dia xpandai masak
uglyphanthera: tapi dia cuba utk mencari resepinya
uglyphanthera: dan kedian dia masak
uglyphanthera: suker? atau tidak?
pirate_rf: haha..ko rasa?
uglyphanthera: (^_^) mestilah suka kan…
pirate_rf: aa
uglyphanthera: itu namanya complete each other..
uglyphanthera: pompuan ni.. ntah la… memang kami begini..
uglyphanthera: ntah la…
uglyphanthera: aku nih.. kadang2 malas juga.. tu tak tipu..
uglyphanthera: kadang2 rajin..
uglyphanthera: tp klo ada mangkin, aku sgt rajin,
uglyphanthera: w’pun aku sebenarnya xpandai…
uglyphanthera: dlu aku tau masak pelbagai jenis biskut, kek dll.. sbb cik abg aku sgt sker makan yg begitu… w’pun susah,aku cuba.. kalau dia suka, aku sangat gembira…
pirate_rf: hmm
uglyphanthera: jadi aku belajar buat smua tu
pirate_rf: hmm bagus aa
uglyphanthera: contoh lain… hmmm… aku sll pegi keje, sarapan beli makanan bungkus… Pastu share ngan kawan-kawan…
uglyphanthera: aku ada kwn2 rapat yg aku sayang keje sama tempat… tapi biler diorg selalu ckp teringin nak makan itu ini… pastu tetiba cakap, “kalau makan makanan yang dibuat sendiri, dan bukan beli.. rasanya lebih sedap dan seronok..
uglyphanthera: aku bangun pagi2 masak-masak
uglyphanthera: buat roti french toast la, nasi goreng la
uglyphanthera: mcm2 breakfast
uglyphanthera: bungkus bawa ke ofis
uglyphanthera: w’pun aku tau aku masak xsedap
uglyphanthera: asal ada org makan
uglyphanthera: aku sangat2 hepi…
uglyphanthera: so… itu bukannya bermaksud… kami mau berkorban..
pirate_rf: hmm..k
uglyphanthera: or dlm blood kami suka berkorban
uglyphanthera: (^_^) kami dapat kepuasan diri… kami bahagia…
uglyphanthera: nanti kamu itu ada gf.. dan dia akan cuba buat suprise pada kamu…
uglyphanthera: wpun kadang2 xjadi,
uglyphanthera: tp tolong appreciate it.. coz, she will try to improve herself..
uglyphanthera: seyes.. dia sayangkan kamu…
pirate_rf: hmm ye aku setuju kata ko tuh

Topik 2…
I do everything for my adik-adik & family… & my beloved frens…
Apa kata Encik Lanun…

uglyphanthera: tapi..tapi
uglyphanthera: aku sker kemas
uglyphanthera: bilik or rumah org… lebih dari utk diri sendiri
uglyphanthera: hahahah
uglyphanthera: camne la kan
uglyphanthera: sure aku kemaskan gak nnt bilik dier
pirate_rf: hmm
pirate_rf: bukan aku x suka
pirate_rf: tapi kekadang…..mmg aku x suka org gitu
pirate_rf: xtau ngapa
pirate_rf: ahhaha
pirate_rf: jgn amik hati aa
pirate_rf: k la..gi la tido
pirate_rf: sweetdreams
uglyphanthera: xsker org gitu?
uglyphanthera: spt aku?
uglyphanthera: hahaha
pirate_rf: hmm…perbuatan begitu
pirate_rf: pada aku..sgt2 spoil the children
pirate_rf: well maybe cara kita dibesarkan berbeza
pirate_rf: so opinion kita lain

Ok, thanks to all my dear fren yang selalu mengingatkan aku, menasihatkan aku, menegur aku… kerana itu tandanya kamu semua sayangkan aku… Tiada sapa-sapa pun yang sempurna di dunia ini kan… Terima kasih teman-teman… Namun, setiap orang ada cara, pendapat, personaliti dan perilaku yang berbeza… aku tak lari dari memiliki perbezaan yang sedemikian… aku ada impian aku, angan-angan aku sendiri… namun sila tegur jika salah.. Pepepun, satu hari nanti aku tetap akan berkorban apa saja untuk kebahagian suami aku, anak-anak aku, mertua aku dan family aku… itu aku… aku seadanya… tapi thanks kawan-kawan, mengingatkan aku untuk mengawal tabiat buruk… ok, aku berkorban berpada2 bole? (^_^) saya sayang kamu semua…

P/s : Saya ini manusia biasa juga.. tidak lari dari mempunyai angan-angan… Selalu berangan memiliki rumah sendiri, anak-anak… then, pagi-pagi masak sarapan untuk anak-anak ke sekolah, untuk suami ke tempat kerja… menyambut kepulangan anak-anak dan suami dengan peluk cium… oh, kan seronok biler mereka memandang kita dengan penuh senyuman kasih sayang… ok, i’m really2 wanna that kind of kiss and hug… looking forward.. sungguh! T_T

Tabiat menulis nota kecil…

Dear Diary 1 Comment »

Setiap orang ada pelbagai ragamnya…
Tabiat pelik atau yang luar biasa….
Aku… banyak gak tabiat pelik aku…
Tapi di sini… hanya ingin menyatakan satu antaranya…
Tabiat “menulis nota” @ “to-do-list”…

Tabiat ni diilhamkan dari pengalaman insomnia aku…
Dulu aku seorang kanak-kanak yang mengalami insomnia kronik…
Seminggu,aku bleh tido sejam jek, kedian aku dah segar…
Then tak tido untuk seminggu lagi…

Biler aku dah tau yang insomnia nie boleh dikawal, so, aku cuba untuk mengawal skit insomnia aku…
Jadi, setiap kali malam, aku belajar untuk mengosongkan minda…
Tapi kalau otak aku masih berfikir & risaukan sesuatu, aku takkan bleh tido…
Dan dari sini la bermulanya tabiat –> menulis nota…
walaupun ianya tidak membantu sepenuhnya, atleast, aku belajar untuk tido walaupun lewat…

Sejak tu, tiap-tiap malam,aku akan ambil secebis kertas, atau buku nota dan tulis semua benda yang aku nak buat esok atau perkara yang perlu untuk aku buat…
Walaupun kadang-kadang semua yang aku tulis tu aku tak buat langsung, tapi at least, aku berjaya mengosongkan minda & menyimpan niat…
Lama-lama,ada gak yang aku berjaya buat daripada list aku tuh….

Kini, tabiat ni bukan dibuat waktu nak tido jek…
Kalau aku tengah boring atau tengah menunggu sesuatu… atau rasa gelisah… menunggu bas… dan sewaktu dengannya, aku akan “menulis nota”…

Let see… cebisan kertas kecil dalam wallet aku ada tulis apa…(yang bergaris, maksudnya dah buat)

- BUAT akaun belanja bulanan
- BASUH telekung ofis & rumah
- BASUH toilet
- BASUH baju kerja
- KEMAS + lap habuk kat bilik secara menyeluruh (rutin mingguan)
- BELI ampaian besi baru untuk rumah
- BELI supplement EPO untuk mama
- BELI supplement fish oils untuk mama
- BELI stok jamu yang habis
- JAHIT kain baju kurung yang tertetas
- JAHIT suar keje yang koyak
- BASUH karpet bilik princess
- BASUH dapur
- BERSIHKAN + basuh peti sejuk
- LIPAT kain
- AMBIL new lens
- BUAT facial mingguan
- BAIKI kasut yang rosak
- CARI buku resepi kesayangan yang hilang
- CUCI pics kenduri kawen boboy
- BUAT spec baru
- KEMAS hall
- MASAK biskut raya
- MASAK kek coklat moist
- HANTAR sampah-sampah recycle
- BERSIHKAN belakang dapur
- BERSIHKAN stor
- BAWA Siti Sandy berjumpa dokter haiwan
- BELI mp3 baru (untuk belajar sumting secara sendirian; bagi mengisi masa lapang)
- BASUH & bersihkan beg-beg
- BASUH all my teddies

Oh, camne saya mau tido camni…
Banyak lagi yang tidak berjaya dibuat…
Ah, kita sambung esok…
Mau ketiduran….
Bubu & mimau sudah memanggil untuk dipeluk..
It’s time to say gudnyyte… Muah…

* FOOTNOTE : Aku berlari ke kiri… Aku berlari ke kanan.. Aku melompat… melambai.. menantikan sesuatu.. sunyi… aku berhenti dan duduk… menunduk kerana tak pasti… tapi tak apa-apa, nanti aku akan faham… kerna aku kanak-kanak yg udah dewasa… terima kasih.. =)

A Box of Chocholate Balls Tales… “Mereka itu sangat pandai makan, namun saya sayang mereka..” (^_^)

Family Come 1st maa..., Food and Drink 1 Comment »

(Coklat? Gemuk? Oh, saya tak pernah peduli… Makan itu penting!)

Well… lastweek aku telah menempah 2 box choc balls a.k.a cake mini seperti apom cokelat (kerana bentuknya telah diambil dari acuan kuih apam/apom)… well, aku nie tengok orang tempah jek, aku pun nak tempah… atas alasan, nak try rasa jek… klo ok, raya nanti bolehla tempah untuk raya…. 1 box 30 biji…. sebenarnya memang bleh buat sendiri.. tapi antara rajin & tak rajin jek nak buat kan…. hmmm….

Selepas berbuka pose, aku terus cuba rasa apom cokelat tu… yummy… ada choc moist skali… well… percubaan abg tham & anggota kongsi gelap nyer untuk mencipta satu resepi baru yang boleh dibuat bisnes raya, nampaknya berjaya kali ini… [well, rayalah waktu di mana banyak bakat2 terpendam menjadi usahawan dapat dicungkil kan... hehe... ]

After solat Maghrib, tetiba moksu datang rumah kami dengan membawa mangkuk tingkat… Aku campak telekung dan terus berlari turun…. pastu terus buka box apom coklat dan kata,

moksu..moksu… cuba nie!!! kawan lane-da buat… cubalah…

Moksu tak layan… terus masuk dapur sambil pokpek-pokpek seperti biasa… aku ikut ke dapur… mundar-mandir… nak soh gak moksu try… Tak pedulik! Pastu aku amek satu choc ball, makan depan moksu (padahal perutku tengah senak…kekenyangan melantak time berbuka…) ok, perangai kanak-kanak aku masih tak bleh blah kan…?? haha… then, moksu keluar dari dapur sambil membawa satu tupperware kosong… buka dan hulur pada aku… aku masukkan satu apom.. dan nak masuk satu lagi, tapi…. moksu angkat & goyang-goyangkan tupperware sambil cuba menjentik-jentik choc ball seperti guli… tiba-tiba, moksu buka mulut dengan volume tinggi,

Eh… bukan cupcake!!! ini macam… macam… apom… tengok!!! dia melekat macam apom…. (sambil menjentik-jentik & menggoncang tupperware dengan seluruh tenaga…ok, tipu jek… goyang skit-skit jek…) nice dan ringan…. comel…comel… meh..meh.. bagi sampel banyak-banyak, moksu nak bawa balik!!
Yeh… godaanku berjaya… so, aku masukkan 5 biji dalam tupperware… then moksu pun berlari-kari anak untuk pulang… sebab nanti kang abg sepupu aku yg tunggu kat dalam kereta tu bising.. aku pun naik bilik semula…. 15minit kedian… Ring… Ring… oh, tepon rumah berbunyi, panggilan itu untuk aku… lalalala…. aku lari turun…. mesti moksu yang tepon… lalalala…

Yup, betul… moksu call…. well… moksu telah meng-order untuk raya nanti sebanyak 4box… kedengaran suara abang duan (sepupu aku) menjerit-jerit nak mintak 2box… moksu kata, tak boleh, sorang dapat 1 box jek… wow… 4 box.. untuk mereka makan sendiri…??? dapatkah dihabiskan dalam masa 3/4 hari sebelum rosak??? oh lupa… di sana, memang ramai ‘hantu’ cokelat… dan mereka semua ’sangat pandai makan’…. well… yelah kan… moksu sangat suka memasak, masa kan keluarga itu tidak pandai makan kan? yep..yep… wanna be like her suatu hari nanti…. Seorang Hotelier yang end-up menjadi seorang surirumah yang sangat bahagia, yang sangat suka memasak, mengemas, menjahit & oh tak lupa… sangat suka membebel… namun kami bahgia dengan bebel-an beliau…..

P/s : Ada orang tue kata yang saya ini beserta kuarga saya adalah orang-orang yang makan seperti godzilla… Wek! nak wat camne…. Mana leh tak makan…. nanti saya boleh mati wak!


Theme & Icons by N.Design Studio.
Entries RSS Comments RSS Log in