(Coklat? Gemuk? Oh, saya tak pernah peduli… Makan itu penting!)

Well… lastweek aku telah menempah 2 box choc balls a.k.a cake mini seperti apom cokelat (kerana bentuknya telah diambil dari acuan kuih apam/apom)… well, aku nie tengok orang tempah jek, aku pun nak tempah… atas alasan, nak try rasa jek… klo ok, raya nanti bolehla tempah untuk raya…. 1 box 30 biji…. sebenarnya memang bleh buat sendiri.. tapi antara rajin & tak rajin jek nak buat kan…. hmmm….

Selepas berbuka pose, aku terus cuba rasa apom cokelat tu… yummy… ada choc moist skali… well… percubaan abg tham & anggota kongsi gelap nyer untuk mencipta satu resepi baru yang boleh dibuat bisnes raya, nampaknya berjaya kali ini… [well, rayalah waktu di mana banyak bakat2 terpendam menjadi usahawan dapat dicungkil kan... hehe... ]

After solat Maghrib, tetiba moksu datang rumah kami dengan membawa mangkuk tingkat… Aku campak telekung dan terus berlari turun…. pastu terus buka box apom coklat dan kata,

moksu..moksu… cuba nie!!! kawan lane-da buat… cubalah…

Moksu tak layan… terus masuk dapur sambil pokpek-pokpek seperti biasa… aku ikut ke dapur… mundar-mandir… nak soh gak moksu try… Tak pedulik! Pastu aku amek satu choc ball, makan depan moksu (padahal perutku tengah senak…kekenyangan melantak time berbuka…) ok, perangai kanak-kanak aku masih tak bleh blah kan…?? haha… then, moksu keluar dari dapur sambil membawa satu tupperware kosong… buka dan hulur pada aku… aku masukkan satu apom.. dan nak masuk satu lagi, tapi…. moksu angkat & goyang-goyangkan tupperware sambil cuba menjentik-jentik choc ball seperti guli… tiba-tiba, moksu buka mulut dengan volume tinggi,

Eh… bukan cupcake!!! ini macam… macam… apom… tengok!!! dia melekat macam apom…. (sambil menjentik-jentik & menggoncang tupperware dengan seluruh tenaga…ok, tipu jek… goyang skit-skit jek…) nice dan ringan…. comel…comel… meh..meh.. bagi sampel banyak-banyak, moksu nak bawa balik!!
Yeh… godaanku berjaya… so, aku masukkan 5 biji dalam tupperware… then moksu pun berlari-kari anak untuk pulang… sebab nanti kang abg sepupu aku yg tunggu kat dalam kereta tu bising.. aku pun naik bilik semula…. 15minit kedian… Ring… Ring… oh, tepon rumah berbunyi, panggilan itu untuk aku… lalalala…. aku lari turun…. mesti moksu yang tepon… lalalala…

Yup, betul… moksu call…. well… moksu telah meng-order untuk raya nanti sebanyak 4box… kedengaran suara abang duan (sepupu aku) menjerit-jerit nak mintak 2box… moksu kata, tak boleh, sorang dapat 1 box jek… wow… 4 box.. untuk mereka makan sendiri…??? dapatkah dihabiskan dalam masa 3/4 hari sebelum rosak??? oh lupa… di sana, memang ramai ‘hantu’ cokelat… dan mereka semua ’sangat pandai makan’…. well… yelah kan… moksu sangat suka memasak, masa kan keluarga itu tidak pandai makan kan? yep..yep… wanna be like her suatu hari nanti…. Seorang Hotelier yang end-up menjadi seorang surirumah yang sangat bahagia, yang sangat suka memasak, mengemas, menjahit & oh tak lupa… sangat suka membebel… namun kami bahgia dengan bebel-an beliau…..

P/s : Ada orang tue kata yang saya ini beserta kuarga saya adalah orang-orang yang makan seperti godzilla… Wek! nak wat camne…. Mana leh tak makan…. nanti saya boleh mati wak!