Tabiat menulis nota kecil…
Dear Diary 1 Comment »Setiap orang ada pelbagai ragamnya…
Tabiat pelik atau yang luar biasa….
Aku… banyak gak tabiat pelik aku…
Tapi di sini… hanya ingin menyatakan satu antaranya…
Tabiat “menulis nota” @ “to-do-list”…
Tabiat ni diilhamkan dari pengalaman insomnia aku…
Dulu aku seorang kanak-kanak yang mengalami insomnia kronik…
Seminggu,aku bleh tido sejam jek, kedian aku dah segar…
Then tak tido untuk seminggu lagi…
Biler aku dah tau yang insomnia nie boleh dikawal, so, aku cuba untuk mengawal skit insomnia aku…
Jadi, setiap kali malam, aku belajar untuk mengosongkan minda…
Tapi kalau otak aku masih berfikir & risaukan sesuatu, aku takkan bleh tido…
Dan dari sini la bermulanya tabiat –> menulis nota…
walaupun ianya tidak membantu sepenuhnya, atleast, aku belajar untuk tido walaupun lewat…
Sejak tu, tiap-tiap malam,aku akan ambil secebis kertas, atau buku nota dan tulis semua benda yang aku nak buat esok atau perkara yang perlu untuk aku buat…
Walaupun kadang-kadang semua yang aku tulis tu aku tak buat langsung, tapi at least, aku berjaya mengosongkan minda & menyimpan niat…
Lama-lama,ada gak yang aku berjaya buat daripada list aku tuh….
Kini, tabiat ni bukan dibuat waktu nak tido jek…
Kalau aku tengah boring atau tengah menunggu sesuatu… atau rasa gelisah… menunggu bas… dan sewaktu dengannya, aku akan “menulis nota”…
Let see… cebisan kertas kecil dalam wallet aku ada tulis apa…(yang bergaris, maksudnya dah buat)
- BUAT akaun belanja bulanan
- BASUH telekung ofis & rumah
- BASUH toilet
- BASUH baju kerja
- KEMAS + lap habuk kat bilik secara menyeluruh (rutin mingguan)
- BELI ampaian besi baru untuk rumah
- BELI supplement EPO untuk mama
- BELI supplement fish oils untuk mama
- BELI stok jamu yang habis
- JAHIT kain baju kurung yang tertetas
- JAHIT suar keje yang koyak
- BASUH karpet bilik princess
- BASUH dapur
- BERSIHKAN + basuh peti sejuk
- LIPAT kain
- AMBIL new lens
- BUAT facial mingguan
- BAIKI kasut yang rosak
- CARI buku resepi kesayangan yang hilang
- CUCI pics kenduri kawen boboy
- BUAT spec baru
- KEMAS hall
- MASAK biskut raya
- MASAK kek coklat moist
- HANTAR sampah-sampah recycle
- BERSIHKAN belakang dapur
- BERSIHKAN stor
- BAWA Siti Sandy berjumpa dokter haiwan
- BELI mp3 baru (untuk belajar sumting secara sendirian; bagi mengisi masa lapang)
- BASUH & bersihkan beg-beg
- BASUH all my teddies
Oh, camne saya mau tido camni…
Banyak lagi yang tidak berjaya dibuat…
Ah, kita sambung esok…
Mau ketiduran….
Bubu & mimau sudah memanggil untuk dipeluk..
It’s time to say gudnyyte… Muah…
* FOOTNOTE : Aku berlari ke kiri… Aku berlari ke kanan.. Aku melompat… melambai.. menantikan sesuatu.. sunyi… aku berhenti dan duduk… menunduk kerana tak pasti… tapi tak apa-apa, nanti aku akan faham… kerna aku kanak-kanak yg udah dewasa… terima kasih.. =)

