Selamat Hari Raya Aidilfitri… Maaf Zahir Batin…
Dear Diary, Family Come 1st maa... 5 Comments »Tahun ini, saya memilih untuk berbaju kurung… bukan kebaya atau kebarung… dan ungu masih menjadi pilihan selepas majlis kawen adik saya.. hehe..
Tengok gambar jek, semua pasti tau… Tentunya nie pics di pagi raya…
Yup… Pics raya tahun ni… tapi bukan di pagi raya… Ni dah dekat tengah hari dah… Ia di ambil di rumah pakcik saya di Bangi, ketika kami melawat nenek saya; Atok Rahimah @ Sam Fok Lan yang alhamdulillah makin sihat, walaupun masih belum bleh berjalan selepas pembedahan… Saya, Fatin & ayah datang membawa ketupat rendang untuk nenek & makcik bongsu saya yang tinggal berdua je aidilfitri nie, since pakcik saya sekeluarga pulang beraya di rumah mertua di Kota Tinggi…
Saya belum ada mood mau menulis panjang-panjang… hehe… Pepepun kesimpulannya, raya di Kuala Lumpur takdela tak seronok langsung macam orang selalu perkatakan… sebab kami masih lagi beraya bersama sanak saudara… Mungkin benar di KL kami takleh membakar lemang depan rumah (tak penah pun bakar sendiri kat kg dulu…huhu), takleh main meriam buluh, takleh kacau dodol satu kolah (tapi nenek sedara saya kat Cheras masih boleh buat dodol sendiri, kacau dodol 2 hari dlm kuali di dapur jek tau..), tak dapat ikut bara’an, tak dapat singgah di pekan Parit Raja sambil mengepow mama untuk membeli semua makanan kampung kegemaran saya (^_~)… Namun, masih disambut bersama kuarga… menziarahi kubur.. raya disambut sederhana.. tapi tetap gembira…
Kalau orang lain di KL sibuk menyambutnya dengan pergi ke rumah-rumah terbuka rakan-rakan sambil menayang-nayang baju raya baru yang glemer dengan mekap melaram macam nak kawen, ada yang pergi membeli-belah, ada cepat-cepat mau pegi merayap bersama rakan-rakan lepas makan ketupat rendang masakan ibu, ada yang pergi berdating or ke rumah kekasih hati bagi melepaskan rindu sebulan tak jumpa kekasih hati… Saya? saya memilih untuk bersama kuarga saya… menyambutnya bersama kuarga moksu di rumah saya (mak saya dua beradik je), bersama atok Rahimah, kemudian ke kubur arwah atuk di Kajang, dan pergi ke rumah atuk sedara saya (Tok Enal) di Taman Bukit Cheras (satu-satunya adik lelaki arwah nenek saya; ibu ayah)… kemudian menghabiskan masa berbual & berjenaka dengan atuk Enal sekeluarga sampai naik lebam… haha… Oh, lupa nak mention, hari raya pertama adalah hari paling banyak makan… 5 round? ke lebih… well.. Raya kan?
Pepepepun…
Selamat Hari Raya Aidilfitri…
Maaf Zahir Batin…
Hmm… maaf tahun ni saya SANGAT malas menghantar kad raya…
Saya hanya menerima sekeping kad raya (giler tak fames) & menghantar sekeping kad raya juga… Thanks to the sender… the only sender… (^_~)


