Berdosakah saya? Kalau kita berkawan dengan ex-gf kepada bf kita?

Be Real! This is life..., Dear Diary 4 Comments »

Sabtu..
Well, apa laie aku buat… Kerja beb…Tapi hari ini aku tak payah rushing… ‘Coz Muru datang kerja, so dia jaga line… Tak payah aku sibuk jaga line…

Tapi hampeh!!! Lepas mandi, aku cari pengering rambut… aaaa… mama aku amek bawak pi hotel… hampeh… camne lah kan, rambut aku nanti menggerbang…. nak taknak… aku guna alternatif way, takyah guna hairdrier untuk hold rambut perm aku…

  1. Aku sikat rambut yang basah pelahan-lahan supaya tak merosakkan rambut dan aku bahagi kepada 2 part…
  2. Then aku pakai straight leave-on moisturiser utk bahagian rambut atas aku yang tidak di-perm-kan…
  3. Aku pakai baby oil johnson-johnson kat bahagian rambut yang kerinting… supaya rambut tak kering dan nampak berkilat.
  4. Then aku sikat smula rambut dan letak Lucidol perm wax (loosing stail).. aku suka Lucidol yang nie, supaya rambut aku tak keras dan curl dia jatuh natural..
  5. Then aku pakai hair texturing lotion yang akan membentuk texture rambut perm aku agar ketara nampak kerinting dier, control bentuk dan berkilat… (styling part)… Masa pakai lotion ni, aku ramas-ramas jek rambut… ganyah-ganyah supaya dia xmelekat dan serabai skit… huhu..
  6. Maka seterusnya aku tidak menyandar atau mengikat rambut di dalam kereta, di dalam ofis dan seterusnya sampaila rambut aku kering tul-tul.. dah takde pengering kan.. hehe.

Kerja harini macam biasa.. takde yang menarik.. cuma Muru bising-bising pasal semalam aku tiba-tiba EL (Emergency Leave)… aku cakap aku sakit pala… lagipun memang semalam aku sangat-sangat sakit pala masa bangun pagi sampai ayah aku kata tak payah kerja + lagipun mata bengkak semalam.. Arini aku buat keje laju skit… Calculation hari ni tak rumit… Sambil keje, sambil bincang pasal makan-makan hari selasa… Makan-makan suka-suki untuk raya haji… Pastu Dewi ajak aku pergi Sogo harini… So, memandangkan aku takde buat apa, aku pun setuju, tapi kena tunggu aku balik rumah sat.. aku nak hantar balik 3 box apom kek coklat moist yang abang Tham tinggalkan kat desk aku semalamnya… Sejam sebelum pulang, aku call adik aku, soh dia siap-siap ikut aku ke Sogo, jangan aku balik baru nak siap…

Aku pun bergegas pulang… Parents takde, adik lelaki dan isteri pun takde, so aku amek teksi… Then, sampai rumah… aaaa…aku nak ngamuk betul pompuan sorang nie.. dia dah siap cantik-cantik, tapi pinggan mangkuk kat dapur tak cuci, kain yang dah basuh tak sangkut… So aku pun naik, solat sat, then turun membasuh pinggan sambil membebel… Dewi mesej-mesej, aku soh tunggu sat.. Then ayah balik dengan mama, aku terus naik kereta, minta ayah hantar ke LRT…

Pelik ke kalau anda berkawan dengan ex-gf kepada ex-bf anda?

Naik Lrt, ada orang pakai kasut sebijik ngan adik aku…aku bantai gelak..sebab duduk depan-depan… Dua-dua main sorok kaki…

Then aku sibuk bebalas-balas sms (sejak dari tengahari tadi sebenarnya) dengan ex-gf kepada ex-bf aku, Muyam… Dia nak balik Batu Pahat raya ni, dia ingat aku balik… kebetulan kami sekampung, kat Senggarang… Maybe kalau aku tak kerja pagi tadi, aku dah ajak jumpa sat kot before dia bertolak.. sebab pagi-pagi dia dah tanya aku kat mana dll… Maybe next time kami hang out… Dan sedang merancang untuk pergi bercuti ke Bandung bersama… cadangan jek.. Belum tentu timing free kami akan sama kan…

errrk.. Ramai yang pelik? pelik ke aku baik ngan ex-gf pada ex-bf aku? Dulu masa mamat tu masih lagi bf aku pun aku baik jek ngan Muyam… Memang masa dulu, time aku cakap yang aku nak berkawan dengan dia, ramai kengkawan yang tak setuju… Orang akan cakap, “ko giler?” “bongok sangat ke nak kawan dengan ex-gf bf ko?” “baik tak payah, nanti sakit hati“…

Sebenarnya banyak kebaikannya berkawan dengan ex-gf bf kita… Contohnya, kalau bf kita memang ada hal penting nak kena jumpa ex-gf dia, kita kenal ex-gf dier, so kita faham dan diberitahu dengan jelas.. dan biler orang lain buat cerita mengapi-apikan kami, aku tau cerita tu tak benar… so, takde la ‘rumahtangga’ kami bermasalah.. betul tak? Cuma dolu-dolu kadang-kadang adalah berlaku sedikit selisih faham or bergaduh cakap.. Pernah gakla aku merajuk pasal Muyam tak suka hadiah yang aku belikan untuk dia, sampai takleh tido malam aku masa tue sebab ingat nak carikan hadiah lain… Pastu pernah gak aku suruh bf aku temankan dia, sebab masa tu dia tengah problem, aku ikhlas tak kesah tapi biler diorang terlalu banyak spent masa bersama dan orang lain cerita bukan-bukan tentulah lepastu aku ada sedikit merajuk dengan bf sendiri dan mendiamkan diri untuk beberapa hari… Ia berlaku bukan salah bf aku, dan bukan salah Muyam.. Takde sesapa salah, cuma hati aku yang bermasalah… Cemburu… Aku cuba untuk berasa ikhlas tapi tipulah aku kadang-kadang tak cemburu kan? Kerana sayangKorang pula macam mana? tapi kelakar lah kan… Hei, sedangkan orang kawen yang bermadu pun kadang-kadang ada selisih faham dan cemburu.. ye tak? hehe…

Tapi tu zaman muda, sekarang masing-masing dah matang… Aku rasa banyak benda positif yang berubah pada aku dan Muyam kot… Kematangan membina peribadi right? Walaupun aku dah tak lagi dengan bf aku, dah clash, tapi aku dan Muyam masih boleh berkawan kan? Tak salah… Aku tengok dia pun sekarang dah makin ok dan makin pandai bergaya… Wanita bekerjaya kan? Aku rasa life dia sekarang pun dah lebih hepi dari dulu… Aku dah tak dengar dia sebut kisah pathetic looser or dengar kisah dia kesunyian dan kesedihan… She handle her life pretty well lately… Cuma part lelaki, Allahmualam, taktau la kalau dia masih mencari Mr Perfect macam dulu… Ye ke cik Yam? Jangan memilih sangat, nanti ko end-up tak kawen macam aku nih… Kena amek anak angkat nanti…

Hmmm…Satu perkara yang aku tak faham… Nape ramai kawan-kawan aku yang tak boleh berkawan dengan gf kepada ex dia or ex-gf kepada bf dia… nape? kerana perasaan cemburu?

Cemburu kadang-kadang bagus kerana maksudnya kita sayangkan bf kita, tapi kadang-kadang memusnahkan… Sebab kita hidup bukan nak cari musuh, tapi kalau boleh nak cari ramai kawan… Semua orang ada perasaan negatif, tapi jangan diikutkan hati sangat kan? sebab penyakit hati ini merbahaya… merosakkan hati, membinasakan diri… right?

Kalau lelaki lak… hmm.. menurut pengalaman aku.. kebanyakan lelaki lak, dia tak boleh berkawan dengan ex-gf dia especially yang dah ada bf baru… Diorang susah nak menjadi kawan kepada ex-gf diorang… Contohlah lelaki akan cakap, “kalau awak dah ada bf baru, please jangan bawa jumpa saya.. or jangan serempak dengan saya.. sebab saya tak boleh terima…” Walaupun perpisahan dulu sebenarnya bukan gadis yang putuskan, tapi lelaki yang putuskan, tetapi lelaki masih tak boleh terima untuk melihat orang yang pernah dia sayang denga lelaki lain… kenapa ek? Cerita skit…

Oh, dah panjang sangat… Nantilah aku cerita pasal lelaki yang aku panggil si bangang yang aku, fatin dan Dewi jumpa kat dalam kfc Pertama Complex..

P/S : Segala yang buruk datangnya dari kelemahan dan kejahilan diri aku ini, dan segala yang baik tentunya datang dari yang Esa… Segala yang baik, kita kekalkan, kita amalkan dan segala yang buruk, kita jauhi dan perbaiki….. Pasti hidup kan lebih bahagia… [Aku masih dalam proses memperbaiki kelemahan diri...]

Alhamdulillah, syukur pada Ilahi..

Ini dia lagu itu… [Kesumbangan di ofis]… hehe…

Love & Relationship, Music, Working life 1 Comment »

Well.. seminggu kan aku hilang ke Beijing…
Seronok giler bebeng…
Rasa xmoh balik Mesia…
Tapi hati aku, rindu aku, ada di Mesia…

Selasa, masuk-masuk ofis…
Aku senyum lebar giler..
Dahler aku lambar setengah jam..
Macam ofis ini, aku yang punya… hehe…

Then ada sorang aunty ni yang sangat rapat dengan aku (sebaya mak aku), nama dia Patma… Dia terus datang kat aku… Dia bitau yang seminggu ni dia jaga tempat aku dengan baik.. Guna PC aku.. hari-hari tengok desktop (pics aku masa shooting sebagai gadis bertudung utk Dara.com dulu)… Then dia tertanya-tanya…. Camne keadaan aku?

Dia kata,

You know my dear, everyday i make a joke… I asked them…
Hey, why you all so silent huh? Since our big singer when off for a vacation…? Rabiah, please come here and sing her songs…
I opened her PC for you to sing…

Then i laugh my dear… So how was your trip….?

Haha… Banyak tu lagu yang aku sker melalak kat ofis… Sungguh sumbang…. Tapi mampu buat aku tersenyum manis 24jam kat depan PC sambil membuat kerja… (Tak caya, tanya stalker aku… nape dia suka curi tengok aku buat keje kat depan PC… Tapi dia usha biler gf dia takde la, nak mampus!… Setakat usha saje key… Lepas tu dia akan tinggalkan mesej kata senyuman aku manis hari itu…hehe…)

Lagu Melayu, Indon, Cina, Jepun, Inggeris.. Semua aku layan… Lentok, jiwang, rock, alternatif, slow, sedey, teriak…pun aku layan… Takde pilih-pilih… Asal lagu tu best…

Kali ni aku nak letak sini, lagu yang kerap gak aku nyanyi akhir-akhir ini…
Lagu yang semua orang selalu kutuk, sebab giler ngantuk… Tapi, at least, senikata dia mendalam… Senikata lagu ini takde kena mengena dengan aku sekarang…. Tapi dulu pernah ada… Sebab tu aku suka lagu ini… Tapi takde apa-apa niat atau impian lagi seperti lagu ini… Sungguh! percayalah…

MOHON DENGAN SANGAT

Ya Allah
Aku ini… insan yang kalah
Balutlah hati yang terbelah
Juga terpisah-pisah

Ya Allah
Hanya padamu aku meminta
Dan hanya padamu ku memohon
Mohon dengan sangat

Ya Tuhanku
Apa lagi yang salah dariku
Bersujudku mohon kepadamu
Ampunilah dosaku (ampunilah dosaku)

Ya Tuhanku
Hanya engkau yang dapat mengerti
Kesepian yang mencabik diri
Ku tak tahan lagi (tak tahan lagi)

Ya Allah
Jangan biarkan aku terpisah (terpisah)
Terjerat dalam pusara rindu
Rahasia kasihmu (kasihmu)

Ya Allah
Dia satu antara seribu
Kumohon Jangan pisahkan
Mohon dengan sangat…
Mohon dengan sangat….
Mohon dengan sangat….

….


Theme & Icons by N.Design Studio.
Entries RSS Comments RSS Log in