haha.. aku adalah orang yang tidak berseni…
Pelajar jurusan bio-sains…
Dan bekerja sebagai eksekutif pentadbiran & pegawai pelaburan di sebuah syarikat insuran..
Masakan aku boleh menulis?? haha…
Tetapi ada beberapa orang sahabat yang aku kenali, yang suka membaca penulisan sampah aku… Biler ada orang suka, maka aku akan suka untuk menulis… hehe.. Sama seperti memasak, aku sangat suka masak (walaupun masakan aku tak sedap) selagi ada orang yang mau makan…betul tak? hehe…

Jadi puisi kali ini telah aku karang dalam masa 30 saat..
Lepas taip,aku terus submit kat blog Gelanggang puitis…

SENYUM KOSONG…

aku ingin
menarikan pena
memetakan warna dunia
tapi…
tiada cinta
aku jadi pekak
aku jadi bisu
aku jadi tolol

mereka bilang
mencemburui aku
untuk apa?
kerna aku senyum
mengapa?
kerna aku bahagia

tersenyum bagaikan bahagia?
oh tapi ianya kosong
tiada apa-apa
cuba lihat tanganku
apa yang kugenggam?
secebis hati..
merah?
oh tidak
keras?
ya batu
maka hatiku batu
hatiku mati
adakah itu bahagia?

aku masih di sini
tersenyum manis
membuat semua orang bahagia
tapi….
untukku kembalikan hati
tiada ku keberanian

tersepit dalam dimensi yang gelap
bersantai di pusara sunyi
menjadi seorang yang kalah
ya, memang aku kalah
sila tepuk tangan anda
jadi anda gembira?

Istimewa untuk bonbon a.k.a peminat seni
(beripucat telah menulis ini untuk 30 saat.. haha…)