Hari ni aku bangun awal, sebab rasa sakit dan pedih..
maka aku makan ubat tahan sakit kemudian ambil wudhu’ menanti subuh…

Menangis sepanjang pagi..

Pagi ini aku dapat perkhabaran tak gembira… panik!
cuba call adik, tak dapat… tengok mama, ayah dan fatin, semua tido… Telefon sana sini tak dapat.. Terus air mata jatuh berderai… menangis tak henti-henti… Rasa tak tertolong diri… Aku naik, solat, beberapa kali terhenti sebab menangis… Then, dapat selesaikan solat… Habis baca doa, aku terus baring dan menangis atas sejadah… Ya-Allah dugaan apa lak yang aku dapat kali nie…?? Sebulan aku tahan untuk semua ini?

Lepas lama menangis.. dah.. aku bangun dan turun.. cuba cari ketenangan..aku makan ubat then duduk berfikir… Tiba-tiba aku dapat sms dari Nash, salah seorang kawan yang aku ada sekarang ni.. yang care tentang aku… Sekarang aku dah tak banyak kawan, dan aku sangat menghargai Nash sekarang nie sebab sangat mengambil berat… Juga untuk insan yang menjadi tulang belakang aku sekarang… *terima kasih kamu kamu semua*..

Sms dari Nash buat aku tenang.. Dia cakap dia kat Kuching sekarang, takleh jumpa aku… nanti dia balik KL, dia terus datang rumah tengok aku… terkeut gak.. mana Nash tau aku makin sakit? but at least, masih ada yang sayang…

sekarang sudah kembali tenang dari tangisan…
Aku dah memikirkan sesuatu, aku takkan kalah! Setiap dugaan yang Allah bagi pasti ada hikmahnya… Sedih bukan apa, masa aku untuk kuat begini dah semakin singkat… hari-hari untuk aku berdikari sudah sangat singkat.. Aku tak mampu nak kerja kuat-kuat untuk dapatkan duit beberapa puluh ribu untuk pembiyaan hospital aku… Simpanan memang ada, cukup untuk semua tue, tapi simpanan tue aku simpan untuk masa depan dan anak-anak (kalau kawen lah kan).. Apa lagi yang aku boleh berikan nanti..

Then aku fikirkan apa lagi kerja aku boleh buat untuk duit…. Then terus buka laptop, List outkan apa yang perlu aku buat… aku tak boleh kalah… please.. selagi aku boleh duduk nie, buat something…

Bekerja keras selagi aku gagah…

Sebulan aku kerja keras, pagi petang siang malam, almost holding beberap ribu cash biler dah tolak semua costs belanja sepanjang kerja, those ribuan ringgit hampir-hampir terbang begitu saja.. camne aku tak nangis…Dahla minggu ketiga April, aku dah start dapat rasa simptom-simptom, sangat sakit.. Aku dah mula tunjuk tanda-tanda kurang upaya dan sakit… Pucat, hilang selera makan, lebam2 di seluruh badan… Now, aku dah 3 hari kena small pox lak sebab imuniti aku dah down… Aku xkesah sakit if semua usaha aku berjaya.. berdikari untuk perubatan aku di saat camni tough, tapi aku mesti buat.. Ye,aku memang degil.. Tapi aku positif, aku percaya aku akan kembali sihat kembali… chaiyok!

Ya, semua orang sedia maklum, aku dah tak bekerja di ofis.. Aku ulang-alik hospital.. Dan sekarang, lagilah aku takkan boleh kembali ke ofis, ingat nak cari kerja baru, tapi aku dah mula perlukan rawatan lebih lanjut.. Aku takkan boleh tahan masuk kerja ofis macam orang lain.. Aku dah tak boleh hang out macam dulu.. Aku sekarang cepat penat, jadi aku perlu tido.. Pergantungan aku pada ubat sekarang bertambah.. jadi, macam mana aku nak kerja?

Boring memang boring.. Aku haritu (masa sihat sikit) ajak adik aku jalan kaki ke kompleks idaman, pusing-pusing cari kelas menjahit dan makan secret recipe (teringin sangat masa tue).. Sebab boring bekerja dari rumah & boring duduk rumah, so aku teringin nak belajar something… Tapi, xde plak kelas jahitan kat situ yang buka..semua dah tutup… T_T kecewa… Then aku dapat lak call dari ofis AleezaKasim, so aku pergi la naik lrt, then naik komuter jauh-jauh pergi sana… Ok, at least, something, aku diterima masuk studio.. Satu pagi dengar ceramah pasal keperluan.. semua takde hal pada aku, kecuali bab kening.. kekekeke.. aku taknak buat pepe kat kening ni.. dulu masa buat freelance model pun tak pernah aku usik kening ni.. haih, taktau la kak eliz ok ke tak… Then,patutnya jumaat tu aku start masuk studio.. So dapatla aku extra money… selain kerja yang aku buat sekarang..

You taknak menangis or tanya apa-apa?

Tapi tiba-tiba kesihatan aku makin teruk… aku pegi amek result hospital lagi (entah berapa banyak kali kena buat test), kali nie confirm teruk coz ada 5 orang doktor nak jumpa aku…

Macam-macam ujian fizikal yang diorang cuba, still aku ok, boleh buat.. diorg tanya banyak perkara, still aku ok… Pelik? doktor kata pelik… sebab condition aku sepatutnya aku dah start kurang keupayaan diri.. Then doktor2 bincang.. “family u datang dengan u? sapa-sapa…? u jangan takut apa yang kami nak bitau..” but still aku tenang… senyap dan senyum… Masa tue aku rileks jek sampai doktor tanya lagi,

Doktor a: u nak tanya apa2? menangis ke?”
aku: tak… ntah…
Doktor a: u tau kan condition u?
aku: tau.. tapi.. ntah..saya dah biasa dengan semua ni…
Doktor a: tapi kali nie lain.. bukan cyst, scolio.. or apa-apa seperti pembedahan u sebelum ni..
aku: …..
Doktor a: kejayaan nanti 50-50.. tapi if berjaya pun.. u akan…… bla..bla..bla.. Then if kena buat 2nd operation, maybe you takkan boleh lagi…..

apa yang aku rasa masa tue? dalam hati berbisik banyak kali.. Allah sayangkan aku.. Allah sayangkan aku.. ini dugaan jek.. ujian… takpe-takpe everything will be fine… then aku berjalan keluar, dan nak balik… naik-naik kereta baru la tiba2 aku nangis… tapi kejap jek la.. pastu dah ok.. sibuk ingat kena gi buat penghantaran itu ini… oh, kerja tetap kerja.. amanah… ya amanah…

Bagi aku tempoh kuat until 1 May jek..please..

Esoknya aku kembali workaholic.. terus kerja.. dan kerja… hope semua kerja akan settle by May 1… Seminggu lagi sebelum May 1, aku dah start mula jatuh sakit.. Sekarang aku dah tak keluar rumah.. nak pergi studio pun dah malu… rupa dah tak macam orang… bengkak sana sini… satu badan dah kaler merah…

huh… biler kerja siap,aku ingat this monday nak pergi urgently ke hospital.. dah takleh tahan sakit.. but today, saturday, aku dapat tau kerja aku tak settle lagi… aaaa… aku dah tak kuat… what else cam i do? aku kena kerja.. kena kerja… tapi nanti aku takkan boleh baik camne?
ok, rasa seperti mau puasa harini.. takde selera.. tapi camne nak puasa, kena makan ubat… apa lagi aku boleh buat……

Ya-Allah berikan aku kekuatan…

P/s: seorang demi seorang insan yang aku sayang pergi dari hidup… Di saat ini, baru aku faham apa itu namanya dunia… Kawan biler senang memang ramai, kawan biler susah mmg payah… tapi entahlah, aku langsung tak rasa marah, cuma terkilan… Apa-apapun, aku mintak ampun dan maaf jika ada salah dan silap pada korang semua…