Alhamdulillah pembedahan berjaya…
Aku tidak kehilangan suara… Pada hari kedua pembedahan, dah mula boleh sebut pelan-pelan… Kini aku dalam mode pemulihan…

Aku dah boleh berjalan jugak!!! yeah…
How do i feel after operation? Syukur pada Ilahi…
Oh, sebelum pembedahan,aku dah rasa spt mati, seperti tamat, seperti noktah dalam hidup…
Rasa seperti keseorangan, takde sapa-sapa dah kat dunia… Rasa seperti, esok takkan ada lagi mentari, takkan ada masa depan yang cerah…
Takut…
Takut takkan boleh membebel lagi… Kamu-kamu takkan pernah mendengar lawak jenaka bodoh aku lagi…
Takut takkan kuat semula, tak mampu menjadi superwoman lagi…
Takut… tak kawen den… hahahha… Yelah, orang-orang yang mengejar aku pun berhenti mengejar, seiringan dengan penyakit aku yang makin tenat… Aku dah tak mampu bangun berjalan, mereka juga tidak mahu berjalan ke arahku lagi…

NEway, ingat lagi kan senior aku yang pandai menyanyi dan memetik gitar? Tetiba dier tegur aku… tanya dah sihat ke… Sihat memang sihat ,tapi masih sakit kat tempat pembedahan… Then, dia bagi aku lagu…
OMG, Dia telah menceriakan hariku!!

Dia dedikasikan lagu kegemaran aku dalam 2 Versi… Satu main siang hari, satu malam hari…. Dia nyanyi penuh emosi… aku tau, dia dedikasi untuk ex-gf dier… And me? Lagu ini sangat menyentak hati aku.. mengingatkan aku pada cinta lama yang dirampas orang… Dulu klo dengar lagu nie, aku sti menyanyi penuh emosi dan kadang-kadang menangis… Masa tue, aku tetap yakin, ex-bf aku sebenarnya masih sayang kat aku seperti mana aku (memang pun)… NEway, life must go on… Saya doakan hidup kamu…

ok dengarkan lagu best ni…
Thanks Am!!

Daylight:

Midnight:

P/s: ujian Allah s.w.t sungguh menduga… Namun aku bersyukur kerana diberikan ujian, kerna bagi aku, ini caranya di mana Allah menunjukkan kasih-Nya padaku & ini caranya supaya aku tidak akan lupa dan alpa pada Penciptaku yang Satu…

Untuk insan-insan yang tak sedar lagi tuh, wake up girl… Jangan asyik menyalahkan orang lain atas segala yang terjadi… Kamu takkan bisa bahagia selagi kamu tidak belajar untuk memaafkan, mengakui kesilapan dan berubah… Kekayaan dunia bukan suatu yang perlu kamu dambakan… Maaf..