Rai-yer..

Be Real! This is life..., Dear Diary, Family Come 1st maa..., Love & Relationship No Comments »

Alhamdulillah… Raya tahun ni meriah sangat… Beraya di Batu Pahat dan Melaka… Syukur pada nikmatnya..

19 September 2009 (Sabtu)

Sehari sebelum raya, kami pulang ke kampung… waaaaaaaah.. Batu pahat macam dah lain jek… ada mall baruuu!!! (jakun tak?)… Macam biasa.. tedo..tedo..tedo jek dalam kete… Sampai bandar, usha2… makin lama, makin maju gak BP ni… makin santek.. Then aku pesan ayah untuk stop dekat pekan parit Raja.. nak cari jajan… kelihatan usang je lot peniaga kat sini… mebi dah agak dilupakan… alamak! mahal lah plak kerepek2 kali ni… aku cari kuih kegemaran aku…abis satu lot tu aku pusing… xjumpa..
last2 aku tanya kat bro ni;

aku : kuih apa tuh… telinga ke**** ke genderang yek nama dia… hitam2,manis… ada tak?”
bro : ni ha… RM5, utk adik bagi 3 RM10…
aku (dalam hati): WTH??? keciknya size… dah besar duit 50sen jek? dahla peket kecik..mahal… T_T
aku : Bro apasal kecik sangat? takde lain? saya jalan semua kedai tak nampak…
bro : semua kedia jual gak dik.. tapi smua macam ni..sebab tu la macam tak nampak…

at the same time, ayah aku memborong-borong kerepek dan jajan-jajan lain.. bro tadi tu terus bagi diskaun;abang dari kampung mana?… abang punya pasal, boleh diskaun banyak-banyak sebab abang bawak gadis cantik…” hahaha.. bongok.. bulan puasa neh… tapi xpe.. dapat diskaun sampai lebih RM20… ayah aku sukala..senyum lebar… sayang duwit heh… time untuk aku melantak la nanti… weeee…

Aktiviti macam biasa.. melayan adik-adik sepupu dan anak-anak buah yang ramai.. then pegi tengok itik… wah, separuh ladang kat belakang rumah dah jadi tempat ternak itik… nyum nyum.. makan masak kuning telur itik la jawabnya… sedap.. huhu…

Petang…
Kami adakan tahlil dan bacaan doa selamat.. Meriah sebab tahun lepas tak sampai separuh keluarga pun yang balik kampung sebab masing-masing ada urusan kerja.. tahun ni, alhamdulillah, semua balik… (kecuali uncle dan sepupu2 yang tingal di luar negara).. meriah..meriah..

Malam…
Lepas makan beramai-ramai, then rehat2 & solat.. yang lelaki gi surau (sebelah rumah jek), then lepas tu pegi baraan malam… Kami ada tradisi di sini, yang mana pada malam raya, wajib untuk kami berjalan dari rumah ke rumah orang-orang tertua dalam keluarga (adik beradik arwah atuk & nenek) atau sahabat2 rapat keluarga…. yeaaa!!!!!! ada satay senggarang… melantak sampai boleh pengsan malam tu… haha…

20 September 2009 (Raya Pertama)

cam biasala.. solat raya… makan-makan raya… bersalam-salaman.. then, bergambar family.. syiok sebab dapat bergamabr family besar… tapi tu pun delay.. semua berdiri tengah panas lama giler sebab dok tunggu ayah dan cik Sahak yang hilang… waaa.. bikin hangus… surau sebelah jek rumah, takkan tak sampai-sampai..rupanya, berenti berborak kat rumah sebrang..sempat lagi…T_T

then guys ikut baraan dan marhaban.. kami dok umah, berehat2 dan tahan panas… waaaa.. rasa mau terlentang jek… pegi beraya beberapa rumah jek.. then tak tahan panas… Most of family pergi konvoi raya kat JB.. i didn’t follow then, sebab nak teman my mum and dad… panas & boring, so, aku pegi mandi berkali-kali…hahaha…  then ayah ajak pegi rumah pegapit pengantin ayah dulu… tapi sayang, depa xde rumah.. so, kami pi usha-usha ternakan keli dan tanaman sayur kat belakang rumah depa.. giler moden… lawa siot.. best–best… siap ada tempat punch card untuk pekerja… huhu… well… actually i’m admiring pada orang-orang kat kampung yang pandai usahakan tanah dan ternakan ni…. kerajinan & usaha yang membawa kepada satu bentuk kepuasan…

Malamnya baraan lagi.. lagi dan lagi… senak perut…
Raya kedua begitu juga…

Raya ketiga…

Hari yang penting sudah tiba..!!!… kenapa? hehehe…
ingat nak gerak pagi.. tapi ramai lak tetamu datang… so nak kena melayan tetamu… then, menyiapkan telur masin sendiri dan packing-packing telur itik untuk bawak balik KL dan sebagai buah tangan pada orang Melaka… (^_^)

SMS punya sms, takut sesat la itu ini..Walaupun pernah pergi ayer molek neh dari kl, tapi tak penah gerak dari BP… wah, baru tau kalau dari arah BP, rumah dier sangat dekat dengan umbai!!!! weee.. bolehla makan umbai nanti2 biler ngidam2.. hikhik..

theeeeennnn…..

memang sesat…
huh.. T_____________T sesat jauh dah ke dalam…
rupanya salah jalan.. sib baik dia datang jemput.. kalau tak, sure ayah marah daaa… thanks awak…

then setiba di banglo bakal mertua aku, smua dah bersambut2… ekceli, walaupun aku dah penah datang berbuka dengan mereka, tapi still takot2.. sebab family dia ni alim skit…. sikit ke? banyak gakla..anak2 skolah gama.. pak mertua aku lak org yang disegani, dia banyak bergerak sana sini mengajar ngaji etc… tapi, apa yang aku suka tentang bakal bapak mertua aku…. dia sangat humble dan murah senyuman…

aku taknak hipokrit dengan tetiba pakai tudung berlilit2 ke biler bertemu derang, or berlakon itu ini..just be myself… pakaian, sopanla kan, berbaju kurung dan selendang.. kita orang melayu… yes, i’m half chinese mix with minang+johor, i’m not so alim ke apa… and thanks to Allah, mereka terima aku seadanya… satu lagi yang menarik tentang bakal ayah mertua aku neh, dia bercucuk tanam suka-suka (sebab dah pencen) dan menternak kambing suka-suka tapi semuanya subur… biler tenung lama-lama rupa pak mertua aku nie (biler bercakap), ada mirip cik abang sayang… cuma si ayah lagi kacak la… hakhak.. sorry ek sayang… then tampak muda.. ayah aku yang 4-5 tahun lagi muda pun dah nampak tua sangat dah dari pakcik… oh, aku seperti melihat rupa suami aku satu hari nanti.. hakhak..

satu kebetulan…
bakal pak mertua aku ni zaman muda mudi, penah la melepak kat kampung kami di BP… lagi tak sangka, bukan jauh pun.. sebelah rumah jek… pusing-pusing, keciknya dunia…

so, now… i need to learn slowly untuk memperbaiki diri… tak perlulah tiba-tiba berubah hipokrit.. slowly.. as his parents sangatla baik (w’pun dia dah pesan panjang lebar, cerewet itu ini, itu ini yang tak boleh buat or perkara-perkara yang susah skit orang tua terima) but atleast, mereka cuba mengenali saya sebelum judge saya apa-apa (w’pun sblm kenal, ada gak fikir itu ini)… mereka melihat saya pada diri saya..bukan pada rupa yang garang, atau keturunan saya… ribuan terima kasih…

P/S: legalah hati saya.. saya tiada marah atau dendam pada hamba-hamba Allah sebelum ni…cuma kadang-kadang, terfikir untuk membersihkan nama.. tapi tak apa lah… semua hanya dunia… nasihat saya, cubalah menilai secara adil… anak kita juga perlu dinilai sebelum menjatuhkan hukuman pada orang lain… Mungkin sampai hari ini ada yang masih menyalah anggap… buka mata dan hati, memahami sesuatu, mengenali sesuatu… belajar memaafkan… belajar mengakui kesilapan diri dari membiarkan orang lain menjadi mangsa tuduhan dan fitnah… jauhkan penyakit hati… Insya-Allah murah rezeki, ketenangan pasti tiba.. kebahagiaan…
Si dia selalu sebut & pesan, kita jauhi maksiat; elak; nanti rezeki akan datang lebih banyak..makin bertambah dan melimpah-ruah… dianugerahkan keluarga bahagia kelak walaupun bersederhana… (^_^) Semua benda dapat cash kat dunia ni… ohhh… Terima kasih kerana selalu mengingatkan saya sayang… luv u..

Senyuman Ramadhan..

Dear Diary, Family Come 1st maa... No Comments »

Hari ini; Jumaat, 18 Sept
Merupakan hari terakhir aku berada di Kuala Lumpur.. Dalam rancangan sebenarnya nak pulang ke kampung pada malam sebelum raya @ pagi raya @ raya ke-3… Tapi Alhamdulillah, segala urusan dapat diselesaikan hari ini juga.. Bon-bon dah datang ambil kek dia malam semalam dengan kawan (sepatutnya dia amek malam raya).. Then, customer-customer lain yang nak barang cepat, semua datang ke rumah harini… self-pick…

Wah, lama giler aku tak balik kampung…
2007: Balik kampung, tapi raya ke-3, so takde sapa dah kat kampung…
2002 ke 2003: ni la last raya balik sebelum raya, so dapat merasa baraan malam, marhaban dan sebagainya…

Bukan tak rindu pada kampung halaman di Batu Pahat, tapi sebab dah takde sapa kat sana, ayah dah tak berapa nak balik kampung.. kami ikut ayah jek.. Takde berat sebelah, Kuala Pilah pun kami tak balik… Memang selalu di KL je..

Sepanjang Ramadhan 1430

- Tahun ini sangat bermakna.. sebab almost setiap hari berbuka di rumah.. Sejak bekerja, aku terlalu workaholic.. bulan puasa, aku terlalu kerap berbuka di pejabat sebab kerja lebih masa.. Then, biler ada hari dapat pulang awal, aku ada majlis berbuka di luar… kerja.. kerja.. kerja.. dulu aku rasa seronok, now, aku rasa syukur.. seorang wanita perlu lebihkan masa di rumah.. yup, now i agree…
- Tahun ni berbuka di luar cuma 3x..

  1. Sekali dengan si dia dan teman ofisnya sebab nak menjemput dan menghantar awek ni pulang sambil menghantar tempahan baju raya sepupu aku…
  2. Ke kampung halaman si dia, berbuka dengan keluarga si dia.. hehe..
  3. Berbuka kat domino dengan mama, ayah, adik & si dia sebab aku ada buka booth pre-raya, so tak sempat balik rumah, jadi family datang berbuka sesama…

- Penjimatan tahun ni pun sangat-sangat berganda… takde pun nak beli bukan-bukan… kalau teringin apa-apa, masakkan aja.. hehe..

Dan yang paling penting, apa yang membahagiakan Ramadhan kali nie, kami semua selalu berada di rumah, maka setiap waktu solat dilakukan secara berjemaah… Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib… oh, kecuali Isya’ jek tak sebab terawih di masjid… Suatu kelainan dan pembaharuan yang membahagiakan.. (sebelum ni bukannya tak pernah berjemaah, tapi tak pernah lengkap satu hari berjemaah.. lagi-lagi nak lengkap sebulan berjemaah, tak dapek la..)

So, biler di tanya apa yang kami beli untuk raya tahun ni?
Tiada apa-apa.. kami tidak pergi membeli-belah untuk raya.. saya tidak membeli baju raya.. kami tidak membuat langsir baru.. tidak menukar perabot baru.. tidak mengantikan apa-apa.. –> Eh, cop..! aku ada beli sehelai baju melayu bayi kat uptown, dan hantar auter sebab Faheem baru 3 bulan.. Since this is his 1st Aidilfitri, kenalah ada baju kan?

Namun, inilah Ramadhan paling bahagia saya.. dan saya yakin, juga Syawal yang paling menggembirakan saya..

Tidak tergoda…

Dear Diary, Fashions & Trends, Travel No Comments »

Dalam minggu nie, mama tiba-tiba dengan excited bitau (sambil membaca sms)…

Mama: “Lane-da, ada JCard member’s Day…. kat Jusco AU2… Fiesta Day…Jumaat nie…”
Aku: [Dalam hati: eh boleh cari barang baby murah... barang dapur...] tapi pastu fikir balik… eh, xmoh la.. hati xde minat mo pegi…

Actually aku takleh ingat biler kali terakhir aku shopping… haha.. Good.. sape kata wanita itu shopaholic?? Tidak semestinya… lalala….

Hari ini, orang kecoh-kecok pasal Sogo Member’s Card day
Ramaila wanita menggila kat KL…
Kad memang ada tapi aku masa dengar hal nie, takde rasa pepe…xde excited… takde terbayang pakaian murah @ barang murah…

Tapi apa yang aku bayang cuma:
1) MANUSIA YANG MELIMPAH-RUAH SANGGUP BERATUR DI LUAR SOGO SEBAB NAK MASUK GAK SOGO…
2) Jalan yang sangat sesak; oh sungguh horror…
3) Wanita yang terlupa untuk mencover ayu dan kesopanan akibat kegilaan nak shopping… Macam orang gile… Yang cun pun jadi tak cun… Ramai la main rebut-rebut, laga-laga bontot… well… itula penangan SALE!

Minggu nie ada MATTA FAIR, yang nie aku mau pegi..
tapi fikir-fikir balik..xpela.. tunggu March nanti… sebab hujung tahun ni jadual travel aku dah penuh… Ke Indonesia lagi… dan lagi…
Tambahan pula, sekarang aku ada baby Faheem yang nak ditatang penuh.. maka, tidak perlu ke mana-mana selain percutian yang sudah sedia ada tercatat dalam kalender aku sejak awal tahun… semua dah habis booking sejak tahun lalu & paid.

Jadi kesimpulannya…
OH, SAYA YANG TIDAK TERGODA…(^_^)


Theme & Icons by N.Design Studio.
Entries RSS Comments RSS Log in