Hari ini; Jumaat, 18 Sept
Merupakan hari terakhir aku berada di Kuala Lumpur.. Dalam rancangan sebenarnya nak pulang ke kampung pada malam sebelum raya @ pagi raya @ raya ke-3… Tapi Alhamdulillah, segala urusan dapat diselesaikan hari ini juga.. Bon-bon dah datang ambil kek dia malam semalam dengan kawan (sepatutnya dia amek malam raya).. Then, customer-customer lain yang nak barang cepat, semua datang ke rumah harini… self-pick…

Wah, lama giler aku tak balik kampung…
2007: Balik kampung, tapi raya ke-3, so takde sapa dah kat kampung…
2002 ke 2003: ni la last raya balik sebelum raya, so dapat merasa baraan malam, marhaban dan sebagainya…

Bukan tak rindu pada kampung halaman di Batu Pahat, tapi sebab dah takde sapa kat sana, ayah dah tak berapa nak balik kampung.. kami ikut ayah jek.. Takde berat sebelah, Kuala Pilah pun kami tak balik… Memang selalu di KL je..

Sepanjang Ramadhan 1430

- Tahun ini sangat bermakna.. sebab almost setiap hari berbuka di rumah.. Sejak bekerja, aku terlalu workaholic.. bulan puasa, aku terlalu kerap berbuka di pejabat sebab kerja lebih masa.. Then, biler ada hari dapat pulang awal, aku ada majlis berbuka di luar… kerja.. kerja.. kerja.. dulu aku rasa seronok, now, aku rasa syukur.. seorang wanita perlu lebihkan masa di rumah.. yup, now i agree…
- Tahun ni berbuka di luar cuma 3x..

  1. Sekali dengan si dia dan teman ofisnya sebab nak menjemput dan menghantar awek ni pulang sambil menghantar tempahan baju raya sepupu aku…
  2. Ke kampung halaman si dia, berbuka dengan keluarga si dia.. hehe..
  3. Berbuka kat domino dengan mama, ayah, adik & si dia sebab aku ada buka booth pre-raya, so tak sempat balik rumah, jadi family datang berbuka sesama…

- Penjimatan tahun ni pun sangat-sangat berganda… takde pun nak beli bukan-bukan… kalau teringin apa-apa, masakkan aja.. hehe..

Dan yang paling penting, apa yang membahagiakan Ramadhan kali nie, kami semua selalu berada di rumah, maka setiap waktu solat dilakukan secara berjemaah… Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib… oh, kecuali Isya’ jek tak sebab terawih di masjid… Suatu kelainan dan pembaharuan yang membahagiakan.. (sebelum ni bukannya tak pernah berjemaah, tapi tak pernah lengkap satu hari berjemaah.. lagi-lagi nak lengkap sebulan berjemaah, tak dapek la..)

So, biler di tanya apa yang kami beli untuk raya tahun ni?
Tiada apa-apa.. kami tidak pergi membeli-belah untuk raya.. saya tidak membeli baju raya.. kami tidak membuat langsir baru.. tidak menukar perabot baru.. tidak mengantikan apa-apa.. –> Eh, cop..! aku ada beli sehelai baju melayu bayi kat uptown, dan hantar auter sebab Faheem baru 3 bulan.. Since this is his 1st Aidilfitri, kenalah ada baju kan?

Namun, inilah Ramadhan paling bahagia saya.. dan saya yakin, juga Syawal yang paling menggembirakan saya..