Ini dia lagu itu… [Kesumbangan di ofis]… hehe…

Love & Relationship, Music, Working life 1 Comment »

Well.. seminggu kan aku hilang ke Beijing…
Seronok giler bebeng…
Rasa xmoh balik Mesia…
Tapi hati aku, rindu aku, ada di Mesia…

Selasa, masuk-masuk ofis…
Aku senyum lebar giler..
Dahler aku lambar setengah jam..
Macam ofis ini, aku yang punya… hehe…

Then ada sorang aunty ni yang sangat rapat dengan aku (sebaya mak aku), nama dia Patma… Dia terus datang kat aku… Dia bitau yang seminggu ni dia jaga tempat aku dengan baik.. Guna PC aku.. hari-hari tengok desktop (pics aku masa shooting sebagai gadis bertudung utk Dara.com dulu)… Then dia tertanya-tanya…. Camne keadaan aku?

Dia kata,

You know my dear, everyday i make a joke… I asked them…
Hey, why you all so silent huh? Since our big singer when off for a vacation…? Rabiah, please come here and sing her songs…
I opened her PC for you to sing…

Then i laugh my dear… So how was your trip….?

Haha… Banyak tu lagu yang aku sker melalak kat ofis… Sungguh sumbang…. Tapi mampu buat aku tersenyum manis 24jam kat depan PC sambil membuat kerja… (Tak caya, tanya stalker aku… nape dia suka curi tengok aku buat keje kat depan PC… Tapi dia usha biler gf dia takde la, nak mampus!… Setakat usha saje key… Lepas tu dia akan tinggalkan mesej kata senyuman aku manis hari itu…hehe…)

Lagu Melayu, Indon, Cina, Jepun, Inggeris.. Semua aku layan… Lentok, jiwang, rock, alternatif, slow, sedey, teriak…pun aku layan… Takde pilih-pilih… Asal lagu tu best…

Kali ni aku nak letak sini, lagu yang kerap gak aku nyanyi akhir-akhir ini…
Lagu yang semua orang selalu kutuk, sebab giler ngantuk… Tapi, at least, senikata dia mendalam… Senikata lagu ini takde kena mengena dengan aku sekarang…. Tapi dulu pernah ada… Sebab tu aku suka lagu ini… Tapi takde apa-apa niat atau impian lagi seperti lagu ini… Sungguh! percayalah…

MOHON DENGAN SANGAT

Ya Allah
Aku ini… insan yang kalah
Balutlah hati yang terbelah
Juga terpisah-pisah

Ya Allah
Hanya padamu aku meminta
Dan hanya padamu ku memohon
Mohon dengan sangat

Ya Tuhanku
Apa lagi yang salah dariku
Bersujudku mohon kepadamu
Ampunilah dosaku (ampunilah dosaku)

Ya Tuhanku
Hanya engkau yang dapat mengerti
Kesepian yang mencabik diri
Ku tak tahan lagi (tak tahan lagi)

Ya Allah
Jangan biarkan aku terpisah (terpisah)
Terjerat dalam pusara rindu
Rahasia kasihmu (kasihmu)

Ya Allah
Dia satu antara seribu
Kumohon Jangan pisahkan
Mohon dengan sangat…
Mohon dengan sangat….
Mohon dengan sangat….

….

Selamat Hari Raya Aidilfitri… Maaf Zahir Batin…

Dear Diary, Family Come 1st maa... 5 Comments »

aidilfitri 2008

Tahun ini, saya memilih untuk berbaju kurung… bukan kebaya atau kebarung… dan ungu masih menjadi pilihan selepas majlis kawen adik saya.. hehe..

Tengok gambar jek, semua pasti tau… Tentunya nie pics di pagi raya…
Yup… Pics raya tahun ni… tapi bukan di pagi raya… Ni dah dekat tengah hari dah… Ia di ambil di rumah pakcik saya di Bangi, ketika kami melawat nenek saya; Atok Rahimah @ Sam Fok Lan yang alhamdulillah makin sihat, walaupun masih belum bleh berjalan selepas pembedahan… Saya, Fatin & ayah datang membawa ketupat rendang untuk nenek & makcik bongsu saya yang tinggal berdua je aidilfitri nie, since pakcik saya sekeluarga pulang beraya di rumah mertua di Kota Tinggi…

Saya belum ada mood mau menulis panjang-panjang… hehe… Pepepun kesimpulannya, raya di Kuala Lumpur takdela tak seronok langsung macam orang selalu perkatakan… sebab kami masih lagi beraya bersama sanak saudara… Mungkin benar di KL kami takleh membakar lemang depan rumah (tak penah pun bakar sendiri kat kg dulu…huhu), takleh main meriam buluh, takleh kacau dodol satu kolah (tapi nenek sedara saya kat Cheras masih boleh buat dodol sendiri, kacau dodol 2 hari dlm kuali di dapur jek tau..), tak dapat ikut bara’an, tak dapat singgah di pekan Parit Raja sambil mengepow mama untuk membeli semua makanan kampung kegemaran saya (^_~)… Namun, masih disambut bersama kuarga… menziarahi kubur.. raya disambut sederhana.. tapi tetap gembira…

Kalau orang lain di KL sibuk menyambutnya dengan pergi ke rumah-rumah terbuka rakan-rakan sambil menayang-nayang baju raya baru yang glemer dengan mekap melaram macam nak kawen, ada yang pergi membeli-belah, ada cepat-cepat mau pegi merayap bersama rakan-rakan lepas makan ketupat rendang masakan ibu, ada yang pergi berdating or ke rumah kekasih hati bagi melepaskan rindu sebulan tak jumpa kekasih hati… Saya? saya memilih untuk bersama kuarga saya… menyambutnya bersama kuarga moksu di rumah saya (mak saya dua beradik je), bersama atok Rahimah, kemudian ke kubur arwah atuk di Kajang, dan pergi ke rumah atuk sedara saya (Tok Enal) di Taman Bukit Cheras (satu-satunya adik lelaki arwah nenek saya; ibu ayah)… kemudian menghabiskan masa berbual & berjenaka dengan atuk Enal sekeluarga sampai naik lebam… haha… Oh, lupa nak mention, hari raya pertama adalah hari paling banyak makan… 5 round? ke lebih… well.. Raya kan?

Pepepepun…

Selamat Hari Raya Aidilfitri…
Maaf Zahir Batin…

Hmm… maaf tahun ni saya SANGAT malas menghantar kad raya…
Saya hanya menerima sekeping kad raya (giler tak fames) & menghantar sekeping kad raya juga… Thanks to the sender… the only sender… (^_~)

Biler seorang lelaki berkata, “Aku tak faham perempuan…Memang dalam blood perempuan begitukah??!!”

Be Real! This is life..., Family Come 1st maa..., Friendship, Love & Relationship 1 Comment »

Aku ada seorang teman baik dak Melawati yang sampai la nie masih belajar di Jepun & mungkin dia akan terus menetap di sana… Dia nie jenis direct skit… klo nak kutuk ke happe, direct… tapi dia minat fashion… dia telah menjadikan aku “teman bual isu-isu fashion dan gaya sejak dolu-dolu“… In fashion, yup, kami sependapat… Dia pernah bercita-cita mau jadi designer, then nak suruh aku belajar menjahit dan jadi tukang jahit dia… Minat fashion tapi belajar engineering… haha…

Tapi bab cinta & relationship, kami sangat tak sependapat… dia sker kutuk cara aku, taste aku dan dia kata yang dia tak sker pompuan macam aku yang jenis sker berkorban & hati yang setia… Dia nie, seorang yang sangat banyak cakap, banyak komen, banyak tanya… Aku cuma tinggal tunggu sapa akan jadi awek dia, sebab aku mau berpakat ngan maslinda & awek dia untuk ‘belasah’ dia cukup-cukup… ko in kan mas? haha…

Sehinggalah Semalam
Semalam ada chat ngan dia jap… dia tanya pasal raya…
Then tetiba masuk topik lain…ada satu part yang menarik minat aku untuk share kat sini… Jejaka yang sangat sker komen-ngomen ni telah mengeluarkan rasa tak pueh hati pada perangai perempuan…. Dia kata, dia sangat tak sker perempuan yang bersifat lemah, cepat kesian, sker berkorban…. tak faham ek? pengorbanan wanita bukan pengorbanan yang sia-sia, tak semuanya sia-sia… tapi kami dapat kepuasan diri dan rasa bahagia… bahagia, ada tau?

pirate_rf: hmmm
pirate_rf: x ngantuk?
pirate_rf: esok wat karamel lagi
uglyphanthera: aah esok buat karamel banyak2
uglyphanthera: adik aku ari-ari makan pun xpe
uglyphanthera: dia sgt sker
pirate_rf: hmm…
uglyphanthera: ahad mau buat cookies
pirate_rf: aku x phm org pompuan…
uglyphanthera: nape tak faham?
uglyphanthera: adik lelaki aku sker makan,
uglyphanthera: aku masak la
pirate_rf: mmg dlm blood korg kot suka berkorban utk org lain??
pirate_rf: aa tu aku tau…
pirate_rf: hehe xper la..abaikan la
pirate_rf: abis tu ni x tido lagi..xper ke esok?

aku xpueh hati.. so….

uglyphanthera: kalau ko… ko ada awek.. or ada bini ke..
uglyphanthera: ko tringin sangat nak makan itu,
uglyphanthera: makan ini…
uglyphanthera: dia xpandai masak
uglyphanthera: tapi dia cuba utk mencari resepinya
uglyphanthera: dan kedian dia masak
uglyphanthera: suker? atau tidak?
pirate_rf: haha..ko rasa?
uglyphanthera: (^_^) mestilah suka kan…
pirate_rf: aa
uglyphanthera: itu namanya complete each other..
uglyphanthera: pompuan ni.. ntah la… memang kami begini..
uglyphanthera: ntah la…
uglyphanthera: aku nih.. kadang2 malas juga.. tu tak tipu..
uglyphanthera: kadang2 rajin..
uglyphanthera: tp klo ada mangkin, aku sgt rajin,
uglyphanthera: w’pun aku sebenarnya xpandai…
uglyphanthera: dlu aku tau masak pelbagai jenis biskut, kek dll.. sbb cik abg aku sgt sker makan yg begitu… w’pun susah,aku cuba.. kalau dia suka, aku sangat gembira…
pirate_rf: hmm
uglyphanthera: jadi aku belajar buat smua tu
pirate_rf: hmm bagus aa
uglyphanthera: contoh lain… hmmm… aku sll pegi keje, sarapan beli makanan bungkus… Pastu share ngan kawan-kawan…
uglyphanthera: aku ada kwn2 rapat yg aku sayang keje sama tempat… tapi biler diorg selalu ckp teringin nak makan itu ini… pastu tetiba cakap, “kalau makan makanan yang dibuat sendiri, dan bukan beli.. rasanya lebih sedap dan seronok..
uglyphanthera: aku bangun pagi2 masak-masak
uglyphanthera: buat roti french toast la, nasi goreng la
uglyphanthera: mcm2 breakfast
uglyphanthera: bungkus bawa ke ofis
uglyphanthera: w’pun aku tau aku masak xsedap
uglyphanthera: asal ada org makan
uglyphanthera: aku sangat2 hepi…
uglyphanthera: so… itu bukannya bermaksud… kami mau berkorban..
pirate_rf: hmm..k
uglyphanthera: or dlm blood kami suka berkorban
uglyphanthera: (^_^) kami dapat kepuasan diri… kami bahagia…
uglyphanthera: nanti kamu itu ada gf.. dan dia akan cuba buat suprise pada kamu…
uglyphanthera: wpun kadang2 xjadi,
uglyphanthera: tp tolong appreciate it.. coz, she will try to improve herself..
uglyphanthera: seyes.. dia sayangkan kamu…
pirate_rf: hmm ye aku setuju kata ko tuh

Topik 2…
I do everything for my adik-adik & family… & my beloved frens…
Apa kata Encik Lanun…

uglyphanthera: tapi..tapi
uglyphanthera: aku sker kemas
uglyphanthera: bilik or rumah org… lebih dari utk diri sendiri
uglyphanthera: hahahah
uglyphanthera: camne la kan
uglyphanthera: sure aku kemaskan gak nnt bilik dier
pirate_rf: hmm
pirate_rf: bukan aku x suka
pirate_rf: tapi kekadang…..mmg aku x suka org gitu
pirate_rf: xtau ngapa
pirate_rf: ahhaha
pirate_rf: jgn amik hati aa
pirate_rf: k la..gi la tido
pirate_rf: sweetdreams
uglyphanthera: xsker org gitu?
uglyphanthera: spt aku?
uglyphanthera: hahaha
pirate_rf: hmm…perbuatan begitu
pirate_rf: pada aku..sgt2 spoil the children
pirate_rf: well maybe cara kita dibesarkan berbeza
pirate_rf: so opinion kita lain

Ok, thanks to all my dear fren yang selalu mengingatkan aku, menasihatkan aku, menegur aku… kerana itu tandanya kamu semua sayangkan aku… Tiada sapa-sapa pun yang sempurna di dunia ini kan… Terima kasih teman-teman… Namun, setiap orang ada cara, pendapat, personaliti dan perilaku yang berbeza… aku tak lari dari memiliki perbezaan yang sedemikian… aku ada impian aku, angan-angan aku sendiri… namun sila tegur jika salah.. Pepepun, satu hari nanti aku tetap akan berkorban apa saja untuk kebahagian suami aku, anak-anak aku, mertua aku dan family aku… itu aku… aku seadanya… tapi thanks kawan-kawan, mengingatkan aku untuk mengawal tabiat buruk… ok, aku berkorban berpada2 bole? (^_^) saya sayang kamu semua…

P/s : Saya ini manusia biasa juga.. tidak lari dari mempunyai angan-angan… Selalu berangan memiliki rumah sendiri, anak-anak… then, pagi-pagi masak sarapan untuk anak-anak ke sekolah, untuk suami ke tempat kerja… menyambut kepulangan anak-anak dan suami dengan peluk cium… oh, kan seronok biler mereka memandang kita dengan penuh senyuman kasih sayang… ok, i’m really2 wanna that kind of kiss and hug… looking forward.. sungguh! T_T

Tabiat menulis nota kecil…

Dear Diary 1 Comment »

Setiap orang ada pelbagai ragamnya…
Tabiat pelik atau yang luar biasa….
Aku… banyak gak tabiat pelik aku…
Tapi di sini… hanya ingin menyatakan satu antaranya…
Tabiat “menulis nota” @ “to-do-list”…

Tabiat ni diilhamkan dari pengalaman insomnia aku…
Dulu aku seorang kanak-kanak yang mengalami insomnia kronik…
Seminggu,aku bleh tido sejam jek, kedian aku dah segar…
Then tak tido untuk seminggu lagi…

Biler aku dah tau yang insomnia nie boleh dikawal, so, aku cuba untuk mengawal skit insomnia aku…
Jadi, setiap kali malam, aku belajar untuk mengosongkan minda…
Tapi kalau otak aku masih berfikir & risaukan sesuatu, aku takkan bleh tido…
Dan dari sini la bermulanya tabiat –> menulis nota…
walaupun ianya tidak membantu sepenuhnya, atleast, aku belajar untuk tido walaupun lewat…

Sejak tu, tiap-tiap malam,aku akan ambil secebis kertas, atau buku nota dan tulis semua benda yang aku nak buat esok atau perkara yang perlu untuk aku buat…
Walaupun kadang-kadang semua yang aku tulis tu aku tak buat langsung, tapi at least, aku berjaya mengosongkan minda & menyimpan niat…
Lama-lama,ada gak yang aku berjaya buat daripada list aku tuh….

Kini, tabiat ni bukan dibuat waktu nak tido jek…
Kalau aku tengah boring atau tengah menunggu sesuatu… atau rasa gelisah… menunggu bas… dan sewaktu dengannya, aku akan “menulis nota”…

Let see… cebisan kertas kecil dalam wallet aku ada tulis apa…(yang bergaris, maksudnya dah buat)

- BUAT akaun belanja bulanan
- BASUH telekung ofis & rumah
- BASUH toilet
- BASUH baju kerja
- KEMAS + lap habuk kat bilik secara menyeluruh (rutin mingguan)
- BELI ampaian besi baru untuk rumah
- BELI supplement EPO untuk mama
- BELI supplement fish oils untuk mama
- BELI stok jamu yang habis
- JAHIT kain baju kurung yang tertetas
- JAHIT suar keje yang koyak
- BASUH karpet bilik princess
- BASUH dapur
- BERSIHKAN + basuh peti sejuk
- LIPAT kain
- AMBIL new lens
- BUAT facial mingguan
- BAIKI kasut yang rosak
- CARI buku resepi kesayangan yang hilang
- CUCI pics kenduri kawen boboy
- BUAT spec baru
- KEMAS hall
- MASAK biskut raya
- MASAK kek coklat moist
- HANTAR sampah-sampah recycle
- BERSIHKAN belakang dapur
- BERSIHKAN stor
- BAWA Siti Sandy berjumpa dokter haiwan
- BELI mp3 baru (untuk belajar sumting secara sendirian; bagi mengisi masa lapang)
- BASUH & bersihkan beg-beg
- BASUH all my teddies

Oh, camne saya mau tido camni…
Banyak lagi yang tidak berjaya dibuat…
Ah, kita sambung esok…
Mau ketiduran….
Bubu & mimau sudah memanggil untuk dipeluk..
It’s time to say gudnyyte… Muah…

* FOOTNOTE : Aku berlari ke kiri… Aku berlari ke kanan.. Aku melompat… melambai.. menantikan sesuatu.. sunyi… aku berhenti dan duduk… menunduk kerana tak pasti… tapi tak apa-apa, nanti aku akan faham… kerna aku kanak-kanak yg udah dewasa… terima kasih.. =)

A Box of Chocholate Balls Tales… “Mereka itu sangat pandai makan, namun saya sayang mereka..” (^_^)

Family Come 1st maa..., Food and Drink 1 Comment »

(Coklat? Gemuk? Oh, saya tak pernah peduli… Makan itu penting!)

Well… lastweek aku telah menempah 2 box choc balls a.k.a cake mini seperti apom cokelat (kerana bentuknya telah diambil dari acuan kuih apam/apom)… well, aku nie tengok orang tempah jek, aku pun nak tempah… atas alasan, nak try rasa jek… klo ok, raya nanti bolehla tempah untuk raya…. 1 box 30 biji…. sebenarnya memang bleh buat sendiri.. tapi antara rajin & tak rajin jek nak buat kan…. hmmm….

Selepas berbuka pose, aku terus cuba rasa apom cokelat tu… yummy… ada choc moist skali… well… percubaan abg tham & anggota kongsi gelap nyer untuk mencipta satu resepi baru yang boleh dibuat bisnes raya, nampaknya berjaya kali ini… [well, rayalah waktu di mana banyak bakat2 terpendam menjadi usahawan dapat dicungkil kan... hehe... ]

After solat Maghrib, tetiba moksu datang rumah kami dengan membawa mangkuk tingkat… Aku campak telekung dan terus berlari turun…. pastu terus buka box apom coklat dan kata,

moksu..moksu… cuba nie!!! kawan lane-da buat… cubalah…

Moksu tak layan… terus masuk dapur sambil pokpek-pokpek seperti biasa… aku ikut ke dapur… mundar-mandir… nak soh gak moksu try… Tak pedulik! Pastu aku amek satu choc ball, makan depan moksu (padahal perutku tengah senak…kekenyangan melantak time berbuka…) ok, perangai kanak-kanak aku masih tak bleh blah kan…?? haha… then, moksu keluar dari dapur sambil membawa satu tupperware kosong… buka dan hulur pada aku… aku masukkan satu apom.. dan nak masuk satu lagi, tapi…. moksu angkat & goyang-goyangkan tupperware sambil cuba menjentik-jentik choc ball seperti guli… tiba-tiba, moksu buka mulut dengan volume tinggi,

Eh… bukan cupcake!!! ini macam… macam… apom… tengok!!! dia melekat macam apom…. (sambil menjentik-jentik & menggoncang tupperware dengan seluruh tenaga…ok, tipu jek… goyang skit-skit jek…) nice dan ringan…. comel…comel… meh..meh.. bagi sampel banyak-banyak, moksu nak bawa balik!!
Yeh… godaanku berjaya… so, aku masukkan 5 biji dalam tupperware… then moksu pun berlari-kari anak untuk pulang… sebab nanti kang abg sepupu aku yg tunggu kat dalam kereta tu bising.. aku pun naik bilik semula…. 15minit kedian… Ring… Ring… oh, tepon rumah berbunyi, panggilan itu untuk aku… lalalala…. aku lari turun…. mesti moksu yang tepon… lalalala…

Yup, betul… moksu call…. well… moksu telah meng-order untuk raya nanti sebanyak 4box… kedengaran suara abang duan (sepupu aku) menjerit-jerit nak mintak 2box… moksu kata, tak boleh, sorang dapat 1 box jek… wow… 4 box.. untuk mereka makan sendiri…??? dapatkah dihabiskan dalam masa 3/4 hari sebelum rosak??? oh lupa… di sana, memang ramai ‘hantu’ cokelat… dan mereka semua ’sangat pandai makan’…. well… yelah kan… moksu sangat suka memasak, masa kan keluarga itu tidak pandai makan kan? yep..yep… wanna be like her suatu hari nanti…. Seorang Hotelier yang end-up menjadi seorang surirumah yang sangat bahagia, yang sangat suka memasak, mengemas, menjahit & oh tak lupa… sangat suka membebel… namun kami bahgia dengan bebel-an beliau…..

P/s : Ada orang tue kata yang saya ini beserta kuarga saya adalah orang-orang yang makan seperti godzilla… Wek! nak wat camne…. Mana leh tak makan…. nanti saya boleh mati wak!

AkU & AyaT-aYaT CiNtA… =’(

Dear Diary, Love & Relationship 2 Comments »

Menonton “Ayat-Ayat Cinta”..
Hasilnya…
semua pasti tahu…
tersentuh dan menangis…
Ya-Allah, ujian apa yang kamu berikan pada wanita-wanita tersebut…?
Penyampaian cerita membuatkan aku berfikir…
bageimana keadaannya suatu hari nanti… bila aku bergelar isteri???
kuatkah aku untuk menhadapinya???
dapatkah aku menjadi seorang isteri yang solehah???
sayangkah suamiku seperti mana aku menyayangi dirinya nanti???
hmm… ok titik… soal kawen lain-lain tahun kita citer..
nanti kan jadi sebak lak…
sebab aku ini seorang yang berat jodoh…
Ya.. Berat jodoh… itu yang aku sorokkan selama ini…

Selepas menonton ayat-ayat cinta…
Aku usha hp aku… Eh, ada 2 sms masuk…
Dari nombor yang tak aku kenali…
hmm… sapakah gerangannya itu?

Sms pertama bertanyakan samada aku ni linda ke tak…
Dan sms kedua, ada sedikit memeranjatkan…
Bunyinya begini :

“juz 4 ur info, dun disturb & contact M*** bin MS k. he’s mine..”

Maka, ia membuatkan aku mengukir senyuman manis dan mengucapkan syukur…
ikhlas… ini yang aku nantikan selama ini…
ringan beban di dada…
hilang rasa sedih di hati…

Maka aku membalas begini :

Assalamualaikum… maaf saya baru baca sms.. oh maaf, bagusla macam tu. Gembira saya mendengarnya. Akhirnya ustaz bertemu teman hidup. ^_^ ohya, pepepun jemput datang ke kenduri adik saya 13julai nanti,both of u. Wassalam. Jazakallah.

Maka aku membuat andaian bahwa ustaz telah dapat membuka hatinya untuk insan lain selepas aku menolak hajatnya untuk menghantar rombongan merisik tempoh hari, Entah kali ni kali ke berapa aku dah tolak hajatnya… Dia terus off hp & taknak jawab panggilan aku sejak tu… Aku kira dia sangat marah & ini membuatkan aku rasa serba salah sebelum ini… tapi kali ini, sms daripada hamba Allah ni melegakan aku… Alhamdulillah…. kita tidak bermusuhkan wahai sahabatku?

Kebetulan lak pagi tadi aku bermimpi yang pelik….

aku bermimpi terserempak dengan ustaz, dan bertanya, adakah dia masih menunggu aku? kiranya benar, mungkin dia memang untukku… Tapi jawapan sebaliknya… dia tidak lagi menunggu aku setelah menanti aku utk 4-5thn ini… dan kini telah bertemu insan baru…

Aku bangun tido.. tergamam seketika…. Nape aku mimpikan ustaz????
Mungkin aku terbawa-bawa rasa takut takkan kawen memandangkan aku sekarang dah takde sapa-sapa & takde sapa pun yang meminati aku skrg ni…
baru tau rasa sadis takde bf & takde yang meminati…

Ishk…. Nape aku fikir pasal ustaz lak? bukan ke aku tolak dia bulat-bulat selama nie…??? come on linda.. come on… Takkan desperate kot? no..no… no way… U can’t be that desperate… NEway, u r still young… Jodoh pasti tiba…Insya-Allah..

Berbalik kepada kisah sms tadi…
Aku ingatkan minah tu tunang dier ke or isteri dia ke…
Manalah tau, bila aku tolak, dia terima pilihan kuarga….
Bagusla kalau begitu… Ada gak orang yang akan menjaga dia…

Tapi tiba-tiba minah tu sms lagi, kali ini ia menyentak jantungku :

”Awak mengadu kat M ek? now dia kata dia dah benci pada saya. nevermind, mybe dia suka gurl sopan2 macam awak tu kot. k smoga berbahagia.”

HUHHHHhhhhhh???????????
apa perlu aku kata…????
pelik.. janggal..keliru…. Ya-Allah ujian apakah yang kau berikan padaku ini…
Buat apa aku nak mengadu? dia baru jek kata jangan kacau ustaz dia… maka aku cuma ucap tahniah… itu saja… apa perlu aku ngadu??

kepada gadis itu…

Ini yang dapat saya katakan :

Saya mengadu pada ustaz? sungguh tak pernah… sejurus lepas sy membaca sms awak, sy terus balas sms awak. maaf… ikhlas saya rasa sangat gembira mendengar bahwa ustaz telah mendapat teman hidup iaitu awak. Kami hanya teman sekampus. Kami hanya kenal dari jauh… Kami tak pernah rapat, tak pernah bercinta, tak pernah keluar bersama, berbual panjang jauh sekali. Sampai hari ni, saya masih tidak berapa kenal ustaz, mengenalinya hanya melalui lembaran-lembaran surat yang dia utuskan untuk saya… sy rasa kamu lebih tau perwatakan ustaz macam mana. Dia seorang yang sangat ‘menjaga’… sy sekadar menghormati dia sbgi sahabat saya… org baik spt ustaz M, bukan utk insan spt saya…maaf…

Tadi lepas dapat sms last minah tue…
Aku masuk ke bilik adik…
tengok adik dah tido…
Berdiri aku di depan cermin… Menatap wajahku dalam-dalam…
Timbul rasa sedih & pilu…. Banyaknya kelemahan diri aku…
Tiba-tiba radio mendendangkan lagu “SEMPURNA“…
aku cuba menyanyi mengikut rentak…
Tapi…..
Tapi…..
Tiba-tiba mata aku berkaca… sebak..sebak…
air mata bercucuran…
kamu tahu? aku tidak pernah sempurna..
tidak akan sempurna…
tiada apapun di dunia ini yang sempurna…….
Mengapa perlu ada yang cemburu pada insan yang tak punya apa-apa ini?
Aku tak minta lebih…
Hanya berdoa agar Allah menemukan aku jodoh…
jodoh yang sesuai dan sepadan denganku…
Teman seumur hidupku…. Syurgaku…
Maaf.. Aku bukan menolak tuah…
Tapi ustaz terlalu baik untuk wanita hina seperti aku…

Ok, bulan depan adik aku kawen…
Aku? sungguh aku tak pasti samada aku ini akan berkahwin atau tidak….
Sungguh…. namun ku bahagia…
noktah….

Photo of da Day…
(Terasa Seperti mau menangis… Aku tidak pernah layak untuk ini…)Photobucket

Ini antara hadiah pemberian ustaz M yang masih aku simpan… Sangat suka ini… Khat yang sangat cantik ini dihasilkan sendiri oleh ustaz M… (Ok, my name on it).. bley baca itu jawi? hehe..
Photobucket

"NUR KaSIH (in jawi)... Penyejuk Di Mata, Penawar Di Hati.."

Seriously aku tidak layak untuk ini… sungguh! (Menatap khat nie dulu boley buat aku menangis… Kenapa si dia yang sungguh baik itu jatuh hati pada gades seperti aku…. Sapalah diri ini… Tidak layak..)

Selamat pengantin baru Dr FaizSempoi dan Farah…

Friendship, Gathering No Comments »
Girls only!!

Girls!

Seperti semua tau..
Selepas pulang dari “Menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia”, petang tue, aku & kengkawan pergi ke kenduri kawen sahabat baik aku, Sempoi & isterinyayang merupakan rakan seperjuangan aku masa pra-hayat dulu; Farhana @ Farah…

Berpakaian Seperti Ratu Jamu

Untuk kenduri kali ini, aku tak sempat nak fikir nak pakai apa, since Eben tiba-tiba datang menjemput aku kat rumah tanpa warning; dan ketika itu aku tengah seronok tido… T_T
Maka aku hanya sempat mencapai, kain batik tradisi dari Bali yang dijahit sulam moden beserta kebaya tradisi kaler kuning dari Bali juga…( Eben kata macam ratu jamu jek)…. oh, PLUS… aku memakai spek mata hari ini, kerana aku mamai laie untuk memakai kanta sentuh… huh… sungguh tidak menawan di hari paling bermakna sahabat baikku ini… T___T

Jalan sangat jem… well.. hari mengundilah katakan…
Cuaca juga sangat panas..
So, malas mau story panjang-panjang…
hmm… let those pics tell d story-mory…

Ketibaan... Wajib kiss-kiss dulu biler bertemu... ^_^

Ketibaan.. Wajib kiss-kiss biler baru berjumpa... (^_^)

Pelancong asing dari Arizona cuba untuk merenjis.. ahaks!

Pelawat dari Arizona cuba untuk merenjis... ahaks!

Kami memang sker berlakon! (aku cuma untuk berlakon sebagai pengapit)...hehe...

Kami sker berlakon!! (Aku berlakon sebagai pengapit olok-olok..)

Nad,wanie & aku bersama pasangan pengantin....

Nad, Wanie & aku bersama pasangan pengantin...

Kami-kami... Seratasian...

Kami warga seratasian....

Kami lagi...

kami lagi....

Para gades...

Para Gades....

....

Bergambar dengan pengantin.... (orang lain sibuk makan kek)

Zoom bersama pasangan pengantin...

Zoom skit... hehe...

Ngeeeee.....

Nak gak posing ngan kek.....

Tak sabar nak korek kepingan coklat!!! (^_^)

Tak sabar nak korek kepingan coklat dari kek nie...

Ketawa besar nampak....

ketawa besar bersama pengantin perempuan...

*** Foto tidak berapa jelas.. since di drag dari fotopages oleh Rosli Ali…

Menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia…

Dear Diary 2 Comments »

Pagi nie buat pertama kali aku pegi ngundi…
Aku kini sudah 19 tahun.. maka perlu ngundi…
ok tipu jek.. dah 24 tahun.. =p
Sangat malas…
Mama ayah kejut aku pagi-pagi soh mandi-manda….
membuatkan aku terasa seperti….. harini Hari Raya…
Hari raya???? nape rasa seperti Hari Raya?
Maybe sebab aku tido dlm rasa embun yg sejuk & dingin… sedapnyer tido…
bestnya tarik-tarik cimut… tapi tiba-tiba kena kejut bangun pagi lak…
klo hari cuti, takyah bangun, cuma Hari Raya jek kena gak bangun time pagi-pagi yang sejuk.. maka aku rasa.. confirm macam Hari Raya…
Raya kah?

Saluran tu apa? Paip? Longkang?

aku pun mandi… solat… then sarung tshirt & jeans…
kedian amek spek mata.. siap!
tunggu mama ayah…
pastu pi sama-sama…
kami mengundi di Sekolah Lee Rubber…
maka.. biasala.. surounding almost ramai la cina….
well… aku xpernah ngundi, maka dok ikut bontot mak ayah…
pastu ayah aku kata, kena gi amek saluran…
saluran? apa tu? paip?
batang paip? alau longkang?
eh, longkang tu saliran kan… so confirm bukan longkang…
pastu ayah aku amek i/c aku… bagi kat aso tu…
pastu dia bagi aku no ngundi aku & saluran aku…
ayah & mama saluran 9, aku saluran 12.. eh ke 11..
ah,sama jek.. dah lupa.. pagi tadi jek…

Hanya perlu 5 minit sahaja…

pastu masuk Sek Lee Rubber… kami berpecah…
aku kena ngundi kat tingkat atas sebelah kanan…
tengok jam, kul 9.05 pagi…
depan aku ada 5 org…
pastu turn aku ngundi…
diri depan pegawai tu, dia baca nama aku kuat-kuat.. (macam nak bagi satu dunia dengar)..
then, dia pulangkan I/C then, orang sebelah bagi aku kertas undi…
gi tempat ngundi, aku amek pensel buruk kat situ…
(serius,buruk giler pensel dia.. dahla tak asah guna sharpener, asah pakai pisau… klo patah masa aku tulis? camne????? sampai terconteng kertas undi aku camne??????!!! leh kira undi rosak nanti kan?!!!!)
abaikan soklan yang tiba-tiba terlintas di mindaku itu…
abaikan… soklan bodoh…
aku pun pakngah… eh pangkah, pangkah satu jek ok… then aku blah…
tu jek ke? tu jek ke? tu jek ke?????
jam di tangan… hmm… 9.10 pagi…
5minit!!!! 5minit!!! macam buat megi jek…

Disangkakan seorang budak cina?? cina totok ke??

so aku turun… usha-usha… mama ayah takde..
aku diri jek situ… menguis-nguis tanah dengan selipar buruk aku…
tak turun gak.. lengguh seh…
so aku duduk kat bangku kat situ…
pastu angkat kaki kanan letak atas peha kiri (mak aku tak nampak takpe)…
pejam mata & fikir planning petang nih…

~~~~~~~~~~~hhhmmmmmmmmm~~~~~~~~~~~~~~~

tiba-tiba aku dengar bunyi suara sorg makcik soksek soksek…
aku buka mata.. tengok…
ada sorg makcik ni sedang tunjuk kat mak dia yang dah tua arah bangku yg jauh skit dari kami…
otomatik aku lompat… lompat bangun dari bangku tu…
aku tak cakap pepe… xsenyum pepe.. muka blur sebab maimai…
aksi aku telah memeranjatkan makcik tue…
yang tiba-tiba melatah, "eh, dah bangun lak budak cina nie!!!!"
bunyi jerit macam marah, tapi dia tak marah tue…
cuma dia terkejut kot.. terkejut beruk…
sebab tadi nampak aku tido,tiba-tiba aku meloncat…
makcik tadi terus ngomel-ngomel sumting sambil tengok muka aku yg blur…
dan nenek tua yg merupakan ibu kepada makcik tadi pun duduk situ…
aku garu-garu pala.. sebab nape makcik tu kata "budak cina"…
sebab aku xbuka mulut kot.. . ye ke??
xde sebut cam "silalah duduk sini makcik.."
sebab org melayu biasa nyer akan dengan sopan-santun mengajak orang tua duduk…
tapi aku memberi dia duduk tanpa kata pepe.. macam orang bisu.. siap buat aksi…
maimai ah.. maimai ah… maimai ah… mau balik tido.. T_T
aku melayu ah… melayu ah…
melayu ah makcik… oh ok,ada mix cina…
tapi dah xtau cakap cina, jadi aku melayu…
aku bukan cina totok yang xfaham apa makcik cakap tadi tuh.. & tidak bisu…
maaf kerana melompat gaya superman bangun tido tadi untuk memberi bangku…
itu tindakan auto… automatik… sowey makcik…

Mama ayah telah dikategorikan sebagai ‘Warga Emas’…

well, ayah & mama aku turun.. then aku tanya nape lama…
mama ayah kata, diorang dapat saluran utk golongan warga emas..
so sangat lama nak tunggu giliran…
mama ayah dapat saluran warga emas??? hikhikhik…
apa daa diorang salah groupingkan…
mama ayah masih bekerja, belum pencen seh…

kami pun pulang…
dan semua orang bersiap untuk bertolak ke Kuala Terengganu…
kecuali aku & adikku boboy (sabau nama glamernya)…
aku pass beg baju aku untuk diangkut juga…
aku tak ikut.. kerana aku nak pergi kenduri sempoi & farah petang nanti kat USJ 2..
maka aku pun sambung tido kat sofa…
ta-ta…
ZZZzzzzZzzzzzzzzzzZzzz…

Yu Heng - Yi Ran Shi Peng You (Still Friends)

Music 1 Comment »

I do love this song…
Telah jatuh cinta pada lagu inep sejak penghujung tahun 2005…
Sehingga kini…
ia masih lagi tersenarai di antara lagu cina yang bagi diriku sangat sedap untuk didengari, selain melayan lagu Guang Liang (especially lagu Tong Hua)..
Ramai kat ofis yang bertanyakan, lagu apakah yang saya sker mainkan dan nyanyikan inep.. tentang apa…??
maka di sini saya lampirkan sekali terjemahannya…
Jatuh cinta.. jatuh cinta… pada lagu ini…


Cinta atau sahabat yang mana lebey penting??……..


Yi Ran Shi Peng You (Still Friends)
By : Yu Heng

情人节的前一天,他离开你身边
Qing ren jie de qian yi tian / Ta li kai ni shen bian
(The day before Valentine’s Day, he left you)
却剩下你到至今的想念,
Que sheng xia ni dao zhi jin de xiang nian
(And you’re still missing him today)
那一夜我陪着你,你哭了一整夜
Na yi ye wo pei zhe ni / Ni ku le yi zheng ye
(That night I accompanied you, You cried for a whole night)
你是否知道我对他一样很想念
Ni shi fou zhi dao wo dui ta yi yang hen xiang nian
(Do you know that I’m missing him too)

直到有一天我和他碰面
Zhi dao you yi tian / Wo he ta peng mian
(Till one day, I met him)
在那间我们常去的咖啡店
Zai na jian wo men chang qu de ka fei dian
(in the coffee shop that we always go)


才知道有些感受
Cai zhi dao you xie gan shou
(Then only I know, there’re some feelings)
我和他谁都不曾说出口
Wo he ta shui dou bu ceng shuo chu kou
(that neither I nor he has ever told)
我们之间隐藏了什么
Wo men zhi jian yin cang le shen me
(What is hidden between the two of us?)
除了我自己没人懂
Chu le wo zi ji mei ren dong
(Other than myself, no one else knows)

可是你,你怎么说
Ke shi ni / Ni zen me shuo
(But you, what do you think?)
你知道后是不是从此避开我
(If you find out, will you leave me forever?)
哦,我一样难过
O… Wo yi yang nan guo
(Oh… I’m upset too)
多希望我们不曾相识过
Duo xi wang wo men bu ceng xiang shi guo
(How I hope that we’ve never known each other)


Na yi ye wo pei zhe ni / Ni ku le yi zheng ye
(That night I accompanied you, You cried for a whole night)
你是否知道我对他一样很想念
Ni shi fou zhi dao wo dui ta yi yang hen xiang nian
(Do you know that I’m missing him too)
直到有一天我和他碰面
Zhi dao you yi tian / Wo he ta peng mian
(Till one day, I met him)

在那间我们常去的咖啡店
Zai na jian wo men chang qu de ka fei dian
(in the coffee shop that we always go)

才知道有些感受
Cai zhi dao you xie gan shou
(Then only I know, there’re some feelings)
我和他谁都不曾说出口
Wo he ta shui dou bu ceng shuo chu kou
(that neither I nor he has ever told)
我们之间隐藏了什么
Wo men zhi jian yin cang le shen me
(What is hidden between the two of us?)
除了我自己没人懂
Chu le wo zi ji mei ren dong
(Other than myself, no one else knows)
可是你,你怎么说
Ke shi ni / Ni zen me shuo
(But you, what do you think?)
你知道后是不是从此避开我
(If you find out, will you leave me forever?)
哦,我一样难过
O… Wo yi yang nan guo
(Oh… I’m upset too)
多希望我们不曾相识过
Duo xi wang wo men bu ceng xiang shi guo
(How I hope that we’ve never known each other)


才知道有些感受
Cai zhi dao you xie gan shou
(Then only I know, there’re some feelings)
我和他谁都不曾说出口
Wo he ta shui dou bu ceng shuo chu kou
(that neither I nor he has ever said out)
我们都是最好的朋友
Wo men dou shi zui hao de peng you
(We are best friends)
谁会有勇气去开口
Shui hui you yong qi qu kai kou
(Who has the courage to say?)
不在乎不再难过
Bu zai hu / Bu zai nan guo
(I don’t care and don’t feel sad anymore)
我们还有好大好大的借口喔〜
Wo men hai you hao da hao da de jie kou
(We still have a big excuse)
故事的最后
Gu shi de zui hou
(At the end of the story)
我们都不曾失去过什么
Wo men dou bu ceng shi qu guo shen me
(We didn’t lose anything)

我们依然是朋友 噢
Wo men yi ran shi peng you…
(We are still friends…)


Cik Lin..awak diploma IT ke? “Taklah.. Degree Perubatan molekul (Biochem)…”

Be Real! This is life..., Working life No Comments »

Selamat tengah malam…..
aku baru bangun tido…
tido sejak balik keje tadi..
Sangat penat…
Kerana harini seharian buat keje-keje IT support bersama 3 orang jejaka dept IT…
(@_@) membuat keje-keje lasak dengan berbaju kebaya ketat… keh.. keh..

Sebentar Tadi
bangun-bangun tido..aku terus TERSADUNG KAKI adik aku…

aaaaa… menyembah bumi.. direct jatuh flat…
cover macho beb.. tahan sakit..
jadi aku maintain flat.. letak tangan bawah kepala dan tutup mata..
macam baring tido lah konon… T_T

Pagi - berlari dari LRT jelatek ke menara GE
Dengan memakai kebaya ketat berkain duyung dan high heels..

Saya memang juara berlari dengan highheel dari Jelatek, selama almost 15minit…
Hari ni bangun tido lewat lagi… 6.30 pagi…
maka ayah telah tinggalkan saya…
maka saya kena naik tren…
nak dapatkan teksi pagi-pagi memang susah…
T_T lewatlah saya…
lari punya lari.. masuk ofis.. dah kul 8.45 pagi…

Dari Admin Exec kini menjadi IT support

lewat, nasib baik bos tak marah…
Pas buat keje-keje admin; cop-cop sana sini, approave-approave, sign-sign sana sini… call sana-sini… buat report pagi…
then…
Bos panggil aku… soh aku handle dak-dak jejaka IT Fujitsu aritu tue…
Bos tak caya diorg dah setup tul-tul semalam…
Maka sebelum bos cop letter-letter diorang…
bos mau aku check… cerewet… bos wanita sangat cerewet… opsss..
So, aku kena berpasangan ngan leader daripada ketiga-tiga mamat Fujitsu tue, Sid (bukan nama sebenar)…
Then Sid bagi aku paper2 dia, pastu cakap,

“Bleh tak awak check-check dlu..setup-setup dlu… klo tak bleh buat amek tag PC… Nanti saya buat… Saya pergi merokok kejap jek…”

Ok.. kejap la sangat… rokok.. hmmm..
Sebab dari kul 10 sampai lunch, aku buat sorang diri…
Tonggeng sana sini… jalan nun bapak punya jaun nak tengok printer-printer respon ke tak..
jauh perjalanan… Takde partner, maka jadi camni la…
tue la dak-dak ni gi pasang printer-printer smua jauh kat hujung dept nun di sana…
gara-gara salah buat pot la nie…huh…

bila sampai kat PC Mr Manager @ Gosh (berasal dprd word gossip)…
Gosh tanya… Cam biasa.. dengan gaya seperti ’soap opera’ dia..
(well.. sapa keje dept aku, sure tau sapa jejeka ala-ala berlakon teater ini…)

Gosh : Cik Lin… maafkan saya bertanya… ekceli, cik lin ni dulu belajar IT ek? Diploma IT?
Aku : Takla… Perubatan..perubatan molekul… Biochem… Oh, degree bio lah kira nyer…
Gosh : oh ye ke.. Tapi kenapa cik lin pandai dan mahir buat keje-keje begini…Saya perhatikan ye cik Lin.. Dari mula masuk keje, saya tengok, cik lin bleh handle IT kat dept ini seorang diri…
Aku : (senyum)… Nak belajar bleh jek.. Hendak seribu daya… belajar la… dah xde lelaki mau buat.. smua kata tak reti handle PC…
Gosh : oh yeke… tapi.. tapi… ekceli cik Lin…
Aku : (blah dari situ… aku xbleh blah sama ini orang.. geli…geli…).. haha.. jahatnya aku…


Dapat kawan baru nampaknya… (no fon sekali.. =p )

Kul 2 baru mamat tu datang balik.. tolong-tolong..
Ada 2 jek PC dari section Query yang aku xleh buat… maka, dia mengambil alih…
Tengah setup-setup..
Abang rangga dan abang Gentleman yang sorang lagi datang…
Pastu mereka bertindak menolong…
Aku sangat takut pada abang Rangga…
Ku kira dia ini bisu..

sayang rupa dah ensem…
hahahhahha…. pemalu sangat…
klo dia tengok aku… takot.. takot… pelikla rangga ini…
Takde bunyi.. dia tenung kita pun gayanya sangat misteri…
Dak-dak girl kat ofis skerla usha dia…
Biler dah abis assist-assist aku…
Tunggu bos cop..
bos tanya aku, ok ke tak..
aku dirayu diorg utk kata “semua beres… ok”
sebab bos hanya akan sign biler aku bagi light green… bos cerewet..

Sementara tunggu bos settlekan letter2…
aku dok blakang… ngan ketiga-tikga mereka..
Tiba-tiba Sid offer gegula…
Then dia bagi no fon abang Rangga yang berdiri di sebelahnya…
abang rangga diam jek, xcakap apa-apa…
heh, ko ingat aku minat Rangga ke? adik line aku yang minat…
Dengan pantas abang gentleman datang & terus nyampuk..

Abg G : Ekceli, Sid yang nak bagi u no fon…
Aku : I dah ada no dia.. ni dia tulis dalam paperwork saya..
Abg Sid : eh.. tu tipu… nama saya ***** (nama abg Rangga) & no tepon saya ialah 012-xxx… Dia nie Sid (sambil tunjuk pada abg Rangga) yang dlaam papaework tue no dia la.. bukan saya…
Aku : yolah. tue.. saya tau la nama kamu-kamu…
Abg G : Sid nak bagi no fon tu…
Abg Sid : nah ingat no saya, saya ***** (nama abg Rangga) 012-xxx.. ulang lagi… 012-xxx… lagi… 012-xxx
Rangga : (kaku… wat bodoh jek.. xde perasaan dari awal perbualan.. lagak cam cool jek.. tapi aku dah mula rasa dia seperti EDWARD SCISSORHand lak… haha… kacak tapi menakotkan…)
Abg Sid : Okla.. nanti ada apa-apa prob.. bleh mintak kami tolong…
Aku : okie dokie… Thanks sebab tolong… susah seh biler saya kena jaga IT sorang-sorang kat dept… Tak tertolong…
(aku xhingat pun no fon Rangga yang dewang bagi… kecuali no Sid aku ada sebab bos bagi.. dia kan leader… satu buiding jek kan…ada keje, bos aku cari nnt..)

Lewat petang tu… ada skit prob denga pc yang dia tukar setting nyer… Aku taktau sistem VME kena setting yang mana satu..
So aku mesej ke Sid..
Tapi tetiba, abang rahim datang… Oh penyelamat… So aku mintak abang rahim tolong..
belum sempat aku kansel mintak tolong ngan Sid, then tiba-tiba Sid & Rangga datang… Bagi signal dari jauh…
Aku lambai-lambai tanda xpe.. fine.. tunjuk abang rahim pada Sid.. dan tunjuk sign ok…
Oh thanks sangat.. cepat jek mau tolong… nie lah namanya.. aku dapat kawan baru…
Haritu aku fed-up sebab bley lak xserius biler aku tgh sgt sibuk… tapi nampaknya ternyata diorg ni lagi ok dari dak-dak support sebelum nie…
Blehla pasnie aku curi-curi tips daripada mereka ini macam aku curi tips dari dak-dak Mesiniaga dulu…
Seronok gak kadang-kadang belajar benda-benda yang freak IT..
memudahkan keje dan masa sebab takyah la call Helpdesk klo ada problem… bleh settlekan sendiri…
Takyah juga sibuk-sibuk mengarah orang baiki itu ini.. tak best pun ngarah-ngarah orang tengok-tengokkan PC kita selalu…

Proses menuntut ilmu itu berlaku sepanjang hidup… selagi nyawa dikandung badan… Jangan malas untuk belajar perkara baru… sebab kelak hidup akan menjadi lebih mudah… Ilmu itu suatu yang sangat berharga.. jangan bodoh sombong dan lagak untuk belajar perkara-perkara yang tiada kaitan dengan kamu… Walaupun kamu rasa, ‘itu keje hina, tak sama standard dengan kamu…’ Takde ilmu yang merugikan pun di dunia ini…. Takkan hidup mau mengarah jek kan… Berdikari la kan.. (sapa terasa tue.. sori… xde niat mau cakap kat sesapa.. cuma berkata mengikut hati.. mengikut pemerhatian dan penilaian dari persekitaran.. pengalaman mengajar kita banyak perkara…)

Photo of da Day…
(Terasa seperti mau tido dengan nyenyak dan huduhnya)

Photobucket

(Gambar diambil oleh adik kecik saya ketika saya ketiduran pada malam terakhir sebelum berangkat ke USA dan tinggal di sana seketika… adik saya telah tido di kaki katil saya malam itu… takut rindu??)


Theme & Icons by N.Design Studio.
Entries RSS Comments RSS Log in